Cardiff Batal Hasrat Tukar Warna Jersi dan Logo Kelab

Diterbitkan: Sabtu, 12 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

CARDIFF City yang dua hari lalu mengumumkan hasrat untuk menukar warna jersi mereka daripada biru kepada merah akhirnya terpaksa akur dengan tekanan peminat setia mereka yang tidak menyokong sama sekali cadangan tersebut.

Kelab itu yang dikuasai oleh jutawan Malaysia, Tan Sri Vincent Tan telah membuat keputusan untuk membatalkan hasrat tersebut.

Tan pada mulanya mahu menukar warna tradisi kelab itu kepada merah kerana percaya warna berkenaan mampu membawa tuah kepada kelab tersebut sebagaimana kepercayaan kebanyakkan masyarakat Cina.

Malah beliau juga mahu menukar logo kelab berkenaan daripada burung berwarna biru kepada naga - iaitu satu lagi binatang mitos yang ada kaitan dengan kepercayaan masyarakat Cina.

Namun Tan berkata, logo naga itu juga ada kaitan dengan kepercayaan masyarakat Wales malah gambar naga terdapat pada bendera Wales.

Bagaimanapun selepas sebahagian besar peminat kelab tersebut enggan menerima perubahan itu, Pengerusi Cardiff, Datuk Chan Tien Ghee telah mengeluarkan satu kenyataan di laman web rasmi kelab tersebut menegaskan mereka kini menarik balik hasrat itu.

Kenyataan itu menegaskan bahawa tujuan pemilik kelab mahu membuat perubahan berkenaan adalah kerana lambang naga dan warna merah secara kebetulan merupakan simbol kepada masyarakat Wales dan juga masyarakat Asia.

Ini katanya akan melonjakkan lagi promosi dan menjayakan usaha penjenamaan kelab sama ada di peringkat antarabangsa mahu pun tempatan dan ia boleh menjana pendapatan yang lumayan dan hasil itu boleh digunakan untuk urusan pembelian pemain dan pembangunan kelab.

Niatnya ialah untuk membawa perubahan yang positif demi masa depan yang lebih baik.

Namun begitu, jelas kenyataan itu lagi, hasrat berkenaan bukanlah bertujuan untuk memadamkan sejarah kelab dan mengantikannya dengan yang lain.

Cadangan untuk menukar logo dan warna jersi kelab berkenaan telah mendapat liputan meluas media massa termasuklah dari Malaysia baru-baru ini.

Tags / Kata Kunci: Cardiff City , Tan Sri Vincent Tan

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan