Remaja Malaysia Intai Peluang Sertai Liga Super China

Diterbitkan: Jumaat, 11 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Sheang Tsung (kiri) bergambar bersama pemain-jurulatih kelab Shenhua Shangai, Nicolas Anelka sambil memegang jersey bernombor 18 selepas menjalani sesi latihan pertama sebagai pemain rasmi dengan kelab itu di Kangqiao, Shanghai. Foto oleh CHOW HOW BAN
Sheang Tsung (kiri) bergambar bersama pemain-jurulatih kelab Shenhua Shangai, Nicolas Anelka sambil memegang jersey bernombor 18 selepas menjalani sesi latihan pertama sebagai pemain rasmi dengan kelab itu di Kangqiao, Shanghai. Foto oleh CHOW HOW BAN

SHANGHAI: Pemain bola sepak warganegara Malaysia yang berbakat luar biasa, Tam Sheang Tsung dipilih menjadi pemain pertama di bawah umur 20 tahun yang akan dinaikkan posisi dalam pasukan pertama Kelab Bola Sepak Shenhua Shanghai.

Ia merupakan selepas latihan dan percubaan selama lima bulan di mana menyaksikan beliau dilatih untuk menyertai pasukan pertama yang terdiri daripada 44 pemain, yang turut melibatkan Nicolas Anelka, yang sebelum ini bermain untuk Chelsea.

Pemain sayap kiri yang berusia 17 tahun dan dilahirkan di Tokyo itu masih memegang pasport Malaysia, kini perlua berjuang untuk mendapat tempat sebagai rakyat Malaysia pertama untuk bermain dalam Liga Super China.

Tam diperkenalkan kepada pasukan oleh Anelka, yang merupakan pemain serta jurulatih untuk kelab itu pada sidang media di pusat latihan Shenhua di sini, Khamis.

Penyerang Ivory Coast, Didier Drogba turut dikaitkan dengan Shenhua tetapi berkemungkinan akan kekal dengan Chelsea dalam Perdana Inggeris.

Tam, yang meminati pasukan Chelsea berkata, beliau menempa kecemerlangan dalam kerjaya bola sepak selepas menjalani latihan bersama-sama dengan pasukan Jepun iaitu Yokohama FC, Sagan Tosu JC dan Mito HollyHock, kelab Brazil Bernado dan kelab Inggeris, Cardiff City.

“Mungkin mustahil bagi seseorang pada usia seperti saya dapat menyertai pasukan pertama dalam kelab. Saya akan menggunakan peluang yang bukan selalu ini dengan sebaik-baiknya.

“Saya akan berusaha untuk bermain dalam perlawanan pertama untuk Shenhua dalam liga. Ini yang sedang diusahakan saya sekarang,” katanya.

Pengarah Urusan Shenhua, Zhou Jun yang merupakan individu yang mempengaruhi kemasukan Tam dalam pasukan itu berkata, remaja tersebut dilihat lebih matang sebagai pemain berbanding yang lain seusia dengannya.

Bagaimanapun, Tam turut mempunyai kelemahan tersendiri.

“Dia mempunyai teknik yang baik dan keyakinan diri yang tinggi. Walaupun dia mempunyai cara serangan yang tersendiri, dia perlu memperbaiki dalam posisi pertahanan,” kata Zhou.

Beliau berkata, Tam yang berkemungkinan akan diberi kontrak selama lima tahun apabila dia mencapai umurnya 18 tahun.

“Shenhua merupakan kelab antarabangsa. Kami mendapat khidmat bekas penyerang Perancis, Anelka dan beberapa yang lain, dan ini menjadikan kelab ini lebih dikenali dunia.

“Pada masa depan, anda berpeluang untuk melihat anak muda ini bermain bola sepak pada peringkat lebih tinggi,” tambahnya lagi.

Tam dibesarkan di Tokyo bersama ibu bapanya Yun Tong dan Ang Hui Chin, yang mengusahakan Restoran Rasa Malaysian Cuisine di ibu negara Jepun.

Beliau mula bermain bola sepak pada usianya sembilan tahun dan menyertai pasukan Yokohama FC 15 ke atas apabila menjangkau 13 tahun.

Beliau datang ke Shanghai pada Disember lalu untuk mencuba nasib dengan Shenhua.

Tam mengambil keputusan untuk memulakan kerjaya bola sepaknya secara profesional dengan kelab China meskipun menerima tawaran daripada dua kelab di Jepun.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan