Piala FA: Keputusan Kelantan Beri Cuti Perisitiwa Diketahui Rabu Depan

Diterbitkan: Jumaat, 11 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Keputusan sama ada penjawat awam dan swasta di negeri ini akan diberi cuti peristiwa khas sehari atau sebaliknya, berikutan kejayaan pasukan bola sepak Kelantan mara ke perlawanan akhir Piala FA musim ini, akan diketahui pada mesyuarat exco kerajaan negeri Rabu depan.

Sehubungan itu, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Dr Zainuddin Ibrahim meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung perkara itu.

Beliau berkata demikian bagi mengulas desas-desus menerusi laman sosial kononnya kakitangan awam dan swasta di negeri ini bakal diberi cuti peristiwa selama sehari atas kejayaan Kelantan mara ke perlawanan akhir Piala FA menentang Sime Darby di Stadium Nasional Bukit Jalil, 19 Mei ini.

Sebelum ini, penjawat awam dan swasta di Kelantan pernah diberi cuti peristiwa apabila Kelantan menjuarai Piala Malaysia 2010.

Mereka juga mendapat cuti peristiwa apabila pasukan Kelantan layak ke perlawanan akhir Piala FA menentang Terengganu tahun lepas. Bercakap kepada Bernama di sini, Dr

Zainuddin berkata cuti peristiwa yang diberikan sebelum ini ialah bagi memberi peluang dan keselesaan kepada peminat bola sepak Kelantan pergi ke stadium untuk memberi sokongan kepada pasukan mereka. "Jika tidak diberi cuti, kebanyakan penyokong akan menghadapi masalah untuk pulang bekerja pada keesokan harinya yang merupakan hari bekerja," katanya bahawa kerajaan negeri akan mempertimbangkan perkara itu. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan