Mohd Nazmi Akan Jalani Latihan Pemilihan Di Kelab S.C Beira-Mar Portugal

Diterbitkan: Rabu, 9 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pemain tengah skuad Harimau Muda A Mohd Nazmi Faiz Mansor akan menjalani latihan pemilihan di kelab divisyen satu Liga Portugal, S.C Beira-Mar, selama seminggu mulai Isnin depan.

Mohd Nazmi Faiz, yang akan bertolak ke Portugal Ahad ini bersama bapanya Mansor Mustapha, berkata beliau tidak mahu mempersia-siakan peluang bermain di benua Eropah meskipun bakal berhadapan dengan cabaran seperti gaya permainan ala Samba yang banyak digunakan pemain dalam liga berkenaan dan keadaan cuaca.

"Saya akan mempamerkan aksi terbaik saya sepanjang berada di sana untuk memastikan saya menjadi pemain pertama negara yang mewakili kelab Eropah," katanya dalam sidang media di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) di sini, Rabu.

Ketua Jurulatih Harimau Muda A Ong Kim Swee yang turut hadir pada sidang media itu berkata beliau dimaklumkan Mohd Nazmi Faiz mendapat tawaran itu setelah seorang ejen bebas bola sepak dari Portugal tertarik melihat aksi pemain berusia 17 tahun dalam satu perlawanan membabitkan skuad Harimau Muda A di Liga Singapura baru-baru ini.

Ong berkata Mohd Nazmi Faiz berpeluang ditawarkan kontrak untuk bermain dengan kelab yang berpangkalan di bandar Aveiro, Portugal itu sekiranya beliau mampu memikat pengurusan kelab tersebut sewaktu sesi latihan itu.

"Semuanya (terma-terma kontrak) akan diketahui selepas berakhirnya sesi latihan itu," katanya.

Mohd Nazmi Faiz yang masih menuntut di Sekolah Sukan Bukit Jalil merupakan pemain ketiga negara yang terpilih menjalani latihan di luar negara selepas pemain Pelita Jaya Mohd Safee Sali dan pemain Selangor Mohd Safiq Rahim mencuba nasib menjalani latihan selama dua minggu di Kelab Kejuaraan Divisyen satu Liga Inggeris, Cardiff City pada tahun lepas.

Harapan untuk menyaksikan kedua-dua pemain itu untuk beraksi dalam kelab yang dimiliki bersama oleh ahli perniagaan dari Malaysia Datuk Chan Tien Ghee dan Tan Sri Vincent Tan itu bagaimanapun tidak kesampaian selepas peraturan negara tersebut yang mensyaratkan pemain dari ranking bawah 70 dunia sahaja yang boleh beraksi dalam liga bola sepak negara itu.

"Pemilihan pemain kita untuk menjalani latihan dengan kelab bola sepak luar negara sejak kebelakangan ini jelas membuktikan bahawa bakat pemain negara kita semakin dihargai oleh pasukan luar," kata Ong. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan