Liga Super: Lions XII Terus Kuasai Kedudukan Liga

Diterbitkan: Rabu, 9 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pasukan tunggal dari luar negara, Lions XII (Singapura) terus memperkukuhkan kedudukan di persada Liga Super apabila berjaya mengutip tiga mata penuh selepas menewaskan Felda United 2-0 di Stadium Hang Jebat, Melaka Selasa.

Dengan kejayaan itu, Lions XII kini mengumpul 39 mata, lima mata di depan pencabar utama iaitu Kelantan.

Gol pasukan pelawat dijaringkan Shaiful Esah menerusi tendangan percuma pada minit ke-31 sebelum Shahdan Sulaiman menyumbang gol kedua pada minit ke-76.

Selangor pula gagal memperbaiki kedudukan apabila tumpas 0-3 kepada Negeri Sembilan pada perlawanan di Stadium Shah Alam.

Penyerang berbisa, Ahmad Shakir Mohd Ali, menjadi wira Negeri Sembilan apabila berjaya melakukan hatrik seawal minit kedua, diikuti jaringan kedua pada minit ke-35 dan seterusnya pada minit ke-65.

Di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Johor, pasukan tuan rumah mencatat kemenangan tipis 3-2 ketika bertemu Selangor PKNS.

Pemain import dari Brazil, Arthur Henrique Bernhardt menjadi wira Johor FC apabila melakukan hatrik pada minit ke-6, 61' dan 83.

Sementara itu, gol Selangor PKNS dijaringkan Mohd Nor Hakin Hassan (minit ke-3), dan Nicoise Mickael Josep (minit ke-73).

Kedah pula terikat dengan seri 1-1 kepada T-Team di Stadium Darul Aman, Alor Setar.

Gol kedah dijaringkan pemain importnya, Vedran Gerc pada minit ke-47 manakala Mohd Fazli Shaari menyumbang gol kepada pasukan T-Team pada minit ke-58.-BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Kolumnis

iklan

Iklan