Hodgson Pilih Lewington Sebagai Penolong Jurulatih

Diterbitkan: Rabu, 9 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Hodgson dilantik sebagai pengurus England menggantikan Fabio Capello.
Hodgson dilantik sebagai pengurus England menggantikan Fabio Capello.

PENGURUS baru England, Roy Hodgson memilih Ray Lewington dari Fulham sebagai pembantunya untuk menguruskan skuad Three Lions.

Lewington merupakan bekas pengurus Fulham bakal mengiringi Hodgson membantu merancang program latihan untuk pasukan England menjelang aksi Euro 2012 di Ukraine dan Poland Jun ini.

"Saya gembira Ray bersetuju untuk bersama-sama menguruskan pasukan England. Saya telah lama mengenalinya dan bekerjasama sejak di Craven Cottage.

"Dia adalah seorang jurulatih yang bagus dan saya pasti pemain-pemain akan gembira dengannya," jelas Hodgson.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan