Rovers Tersingkir Daripada Saingan Liga Perdana Musim Depan

Diterbitkan: Selasa, 8 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Tandukan Alcaraz (tengah) memberi kemenangan kepada Wigan ke atas Blackburn pada aksi Liga Perdana awal pagi Selasa.
Tandukan Alcaraz (tengah) memberi kemenangan kepada Wigan ke atas Blackburn pada aksi Liga Perdana awal pagi Selasa.

BLACKBURN Rovers terkeluar daripada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim depan selepas tewas 0-1 kepada Wigan Athletic pada aksi awal pagi Selasa.

Pemain pertahanan Wigan, Antolin Alcaraz menjaringkan gol tunggal perlawanan melalui tandukan sempurna sebelum tiga minit masa permainan tamat.

Penyingkiran ini sekaligus menamatkan tempoh 11 tahun Blackburn berada dalam saingan EPL selepas musim suram dengan hanya memenangi lapan perlawanan daripada 37 aksi di bawah kendalian pengurus Steve Kean.

"Ia saat yang sukar digambarkan. Banyak perkataan baru yang telah disiarkan oleh media minggu lalu yang turut mempersoalkan sikap kami.

"Sungguh mengecewakan kerana kami tidak menganggap itu adalah perlawanan terakhir. Saya akan duduk berbincang dengan pemilik dan membuat perancangan bagaimana untuk kembali bangkit," jelas Kean.

Juara EPL 1995 ini bakal mengikut jejak langkah Wolverhampton Wanderers beraksi dalam Divesyen 1 musim depan, manakala Wigan berada dalam keadaan selesa di tempat ke-15 liga selepas mempamerkan aksi luar biasa menewaskan Manchester United dan Arsenal sebelum ini.

"Ia belum tamat lagi. Pun begitu ia satu perasaan yang sangat teruja. Banyak perlawanan yang sukar dan kamu boleh merasakan tekanan yang tidak boleh disorok.

"Namun kekal di dalam liga adalah satu pencapaian yang menakjubkan," kata pegurus Wigan, Roberto Martinez kepada Sky Sports.

Selain itu, Bolton atau Queens Park Rangers (QPR) akan turut tersingkir berdasarkan keputusan perlawanan terakhir Ahad ini.

Bolton (tempat ke-18) kekurangan dua mata di belakang QPR (17) perlu menewaskan Stoke City sekiranya ingin terus berada dalam kedudukan liga.

Manakala QPR pula perlu menewaskan Manchester City jika mahu menyelamatkan kedudukannya.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan