Kelantan Fokus Piala FA - Bojan - Bola Sepak | mStar

Kelantan Fokus Piala FA - Bojan

Diterbitkan: Selasa, 8 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Kelantan tidak akan memberi tekanan kepada pemain menjelang perlawanan terakhir kumpulan H Piala AFC menentang Ayeyawady United dari Myanmar di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini, malam esok kerana menumpu perhatian kepada perlawanan akhir Piala FA.

Ketua jurulatihnya Bojan Hodak berkata ini adalah bagi memastikan pemain tidak berada dalam tekanan menjelang perlawanan akhir Piala FA menentang Sime Darby pada 19 Mei ini.

Walaupun bagaimanapun, kami tetap berusaha memenangi perlawanan esok, katanya pada sidang media praperlawanan Piala AFC di sini, Isnin.

Hadir sama, Ketua Jurulatih Ayeyawady United, Josef Herel.

Kelantan menduduki tangga teratas dalam kumpulan H dan telah mengumpul 10 mata selepas menang tiga perlawanan, satu seri dan satu kalah.

Ayeyawady United pula berada di tangga ketiga dengan tujuh mata selepas menang dua perlawanan, satu seri dan dua kekalahan. Bojan berkata beberapa pemainnya cedera dan terlalu letih selepas mengharungi banyak perlawanan dalam saingan Liga Super.

Sementara itu, Herel berkata pihaknya turut mengalami perkara yang sama apabila ramai pemainnya yang cedera dan keletihan berikutan jadual perlawanan yang padat di tempat sendiri.

"Peluang kita untuk menang bermain di sini amat tipis walaupun pernah menewaskan Kelantan 3-1 di tempat sendiri baru-baru ini.

"Kita juga mengalami masalah yang sama dengan Kelantan apabila tiga tonggak utama pasukan turut tercedera," katanya. -BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan