Saya Tidak Tertekan - Khalid Mat Dahan

Diterbitkan: Sabtu, 5 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Jurulatih sementara Terengganu, Khalid Mat Dahan berkata, beliau tidak tertekan atau menanggung bebanan sebagai ketua jurulatih pasukan itu bagi menggantikan Mat Zan Mat Aris, yang direhatkan selama dua minggu.

Khalid berkata, apa yang penting, beliau akan melakukan yang terbaik bagi mengekalkan prestasi pasukan Terengganu semasa ketiadaan Mat Zan.

"Buat sementara waktu, saya terima apa yang diamanahkan oleh pihak pengurusan," katanya kepada Bernama.

Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) telah merehatkan Mat Zan selama dua minggu mulai semalam bagi meredakan keadaan berikutan kegagalan pasukan itu melayakkan diri ke perlawanan akhir Piala FA selepas tumpas kepada Sime Darby dengan agregat 1-2 pada saingan separuh akhir.

Khalid berkata, tumpuannya kini ialah mempersiapkan pasukan Terengganu untuk menentang Perak dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, di sini, malam Jumaat.

Perlawanan seterusnya membabitkan pasukan Terengganu ialah Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) menentang Kitchee FC dari Hong Kong di tempat lawan pada 9 Mei, diikuti saingan Liga Super menentang Felda FC di Melaka (12 Mei) dan Sarawak, di sini (15 Mei).

Khalid berkata, apa yang merunsingkan ialah beberapa tonggak utama seperti Francis Forkey Doe, Manaf Mamat, Marzuki Yusof dan Nordin Alias masih dibelenggu kecederaan.

Beliau berkata, keadaan itu merupakan cabaran kepadanya dan mahu pemain simpanan mengambil kesempatan untuk mempamerkan aksi terbaik sekiranya diturunkan pada beberapa perlawanan tersebut. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan