Morison Ikat Arsenal Seri 3-3

Diterbitkan: Sabtu, 5 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Morison (kanan) menggagalkan impian Arsenal untuk mengutip mata penuh pada aksi Liga Perdana Inggeris, Sabtu.
Morison (kanan) menggagalkan impian Arsenal untuk mengutip mata penuh pada aksi Liga Perdana Inggeris, Sabtu.

PASUKAN Arsenal gagal menggunakan peluang untuk mencatat mata penuh apabila sekadar seri 3-3 ketika bertandang ke Stadium Emirates menentang Norwich City pada aksi Liga Perdana Inggeris, Sabtu.

Yossi Benayoun membuka jaringan minit kedua perlawanan untuk Arsenal, namun pasukan tuan rumah berjaya menyamakan kedudukan minit ke-12 menerusi Wesley Hoolahan, manakala rakan sepasukannya, Grand Holt menambah gol kedua untuk Norwich.

Penjaring terbanyak musim ini, Van persie menambah koleksi jaringan peribadinya dengan dua gol (m-72,80') namun Steve Marison meranapkan impian Arsenal dengan mengikat seri 3-3 sehingga tamat perlawanan.

Arsenal kini mengutip 67 mata menguasai kedudukan ketiga liga dengan berbaki satu perlawanan lagi.

Sementara itu, pencabar terdekat di tangga keempat, Tottenham Hotspur dan kelima, Newcastle United berkongsi 65 mata dan masih berbaki dua perlawanan.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan