Fahami Undang-Undang FAM Sebelum Keluarkan Kenyataan: Presiden

Diterbitkan: Sabtu, 5 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PEKAN: Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Sultan Ahmad Shah mahu penyokong pasukan bola sepak meneliti dan memahami undang-undang FAM sebelum mengeluarkan kenyataan menggesa persatuan bola sepak negeri keluar daripada badan induk bola sepak negara itu.

Baginda bertitah memang mudah bagi individu terbabit mengeluarkan kenyataan seumpama itu tetapi pada hakikatnya, persatuan bola sepak negeri tertakluk kepada undang-undang FAM.

"Baca perundangan FAM, kita ada undang-undang dan jangan sewenang-wenangnya membuat kenyataan yang akhirnya akan memberi kesan kepada diri atau pasukan bola sepak kita sendiri.

"Ini bukan kenyataan nak keluar atau masuk rumah, sebaliknya ia melibatkan persatuan bola sepak negeri yang tertakluk di bawah undang-undang FAM," titah baginda ketika ditemui pemberita selepas melancarkan sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2012 di Dataran Pekan di sini, semalam.

Akhbar hari ini melaporkan, penyokong pasukan bola sepak Sarawak dalam satu laman web dikenali petisyen.com yang mula dilancarkan semalam, meminta Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) keluar daripada FAM selepas tidak berpuas hati dengan tindakan badan induk bola sepak negara itu.

Gesaan itu dibuat kerana menganggap hukuman yang dikenakan terhadap FAS oleh FAM bersifat zalim dan ia juga ekoran tindakan FAM menggantung Timbalan Presiden FAS, Mohd Abu Bakar Marzuki lapan bulan dan denda RM8,000 atas kesalahan mengeluarkan kenyataan menerusi media.

Sultan Ahmad Shah bertitah baginda percaya tidak semua penyokong bola sepak Sarawak berpendapat sedemikian kerana mereka tahu FAS tidak akan mampu bergerak sendirian jika keluar daripada FAM.

"Kita seharusnya bersatu, Sarawak adalah sebahagian daripada Malaysia, kita 1Malaysia dan kita perlu bersama walaupun berada dalam persatuan bola sepak," titah baginda.

Dalam pada itu, Sultan Ahmad Shah bertitah baginda akan bertemu Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud bagi mendapatkan maklum balas beliau mengenai perkara tersebut. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan