Rossi Dipecat Kerana Menumbuk Ljajic

Diterbitkan: Jumaat, 4 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Rossi (kiri) dipecat serta-merta selepas menumbuk  Ljajic (kanan) ketika perlawanan liga Serie A bertemu Novara, awal pagi tadi.
Rossi (kiri) dipecat serta-merta selepas menumbuk Ljajic (kanan) ketika perlawanan liga Serie A bertemu Novara, awal pagi tadi.

JURULATIH Fiorentina, Delio Rossi dipecat serta-merta selepas menumbuk pemainnya, Adem Ljajic ketika perlawanan liga Serie A bertemu Novara, awal pagi Khamis.

Pihak kelab memandang serius tindakan itu dan bertindak segera sebaik sahaja perlawanan tamat yang berkesudahan seri 2-2.

Pemilik kelab itu, Andrea Della Valle mengumumkan jurulatih berusia 51 tahun itu dipecat kerana melakukan kesalahan serius terhadap pemain.

Fiorentina juga dilaporkan sedang mengkaji semula kejadian itu yang berlaku ketika separuh masa pertama perlawanan.

Kejadian itu berlalu, ketika pasukan Fiorentina ketinggalan 2-0 di gelanggang sendiri kepada kelab kedua tercorot liga apabila Rossi memutuskan untuk mengeluarkan Ljajic, pemain dari Serbia dan digantikan dengan Ruben Olivera.

Ketika Ljajic, 20, berjalan ke tempat duduk pemain, dia dilihat tidak bersetuju dengan keputusan jurulatih itu.

Tindakan tersebut membuatkan Rossi berang terus melepaskan tumbukan ke muka pemain itu, namun pegawai pasukan bertindak meleraikan keadaan dan memisahkan mereka berdua.

Dalle Valle berkata, Rossi bertemunya dan bersedia meminta maaf atas kejadian itu.

"Keputusan memecatnya adalah perlu kerana tiada sebab baginya untuk bertindak seperti itu.

"Kami juga akan membuat keputusan lain serta cuba mencari pengganti," katanya.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan