Liga Perdana Inggeris: Peluang Chelsea Semakin Sukar

Diterbitkan: Jumaat, 4 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Penjaga gol Chelsea, Petr Cech kecewa selepas gagal menyelamatkan sepakan Cisse pada minit terakhir perlawanan di Stamford Bridge, awal pagi Khamis.
Penjaga gol Chelsea, Petr Cech kecewa selepas gagal menyelamatkan sepakan Cisse pada minit terakhir perlawanan di Stamford Bridge, awal pagi Khamis.

PELUANG Chelsea untuk merebut kedudukan keempat terbaik semakin sukar selepas tewas 0-2 kepada Newcastle pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stamford Bridge, awal pagi Khamis.

Penyerang Newcastle, Papiss Cisse menjadi pemusnah apabila menjaringkan dua gol (m-19,90') sekali gus memberi tekanan kepada pasukan tuan rumah.

Chelsea kini berada di tangga keenam dengan 61 mata, manakala Newcastle berada ditangga kelima berkongsi mata (65) dengan pasukan Tottenham Hotspur yang hanya dibezakan dengan jaringan gol.

Pengurus sementara Chelsea, Roberto Di Matteo mengakui persaingan merebut kedudukan keempat semakin sukar.

"Ia situasi yang amat sukar, namun kami tidak akan berputus asa.

"Kami banyak kehilangan mata sepanjang musim ini dan sebab itulah kami berada di kedudukan sekarang.

"Sepanjang tempoh dua bulan ini, pemain-pemain telah bekerja keras dan ia telah memberi keputusan yang baik.

"Saya memuji aksi Newcastle yang telah bermain lebih baik dan segala percaturan mereka menjadi," katanya.

Selain itu, pengurus Newcastle, Alan Perdew berkata, gol yang dijaringkan oleh Cisse sangat luar biasa.

"Kami fikir akan membawa balik satu gol sahaja, namun Cisse telah menambah satu lagi jaringan.

"Kamu boleh lihat dia betul-betul mahukan kemenangan selepas 18 kali percubaan. Ia adalah aksi menakjubkan. Semua pemain patut berasa bangga dengan kemenangan ini.

"Namun Ahad ini juga merupakan satu perlawanan penting bertemu Manchester City.

"Pasukan itu bersaing untuk merebut gelaran juara, manakala kami bermain untuk merebut tempat ke Liga Juara-Juara (CL) musim depan," katanya.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan