Venue Final Piala FA Ditentukan Minggu Depan

Diterbitkan: Khamis, 3 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SINTOK: Venue perlawanan akhir Piala FA antara Kelantan dan Sime Darby pada 19 Mei ini akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pertandingan Tempatan minggu depan, kata Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin.

Katanya jawatankuasa itu, yang dipengerusikan oleh beliau, akan mengadakan mesyuarat minggu depan bagi menentukan stadium serta harga tiket perlawanan akhir Piala FA.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pengurus pasukan pertandingan Piala Belia Bawah 19 Tahun peringkat kebangsaan di Universiti Utara Malaysia (UUM) di sini, Rabu.

Pada separuh akhir kedua semalam, Sime Darby mara ke perlawanan akhir dengan menumpaskan Terengganu dengan agregat 2-1 manakala Kelantan layak atas peraturan gol di tempat lawan selepas seri 2-2 menentang Kedah.

Mengenai Piala Belia 2012, Hamidin berkata sebanyak 14 pasukan akan berentap bagi merebut piala tersebut bermula esok hingga 14 Mei ini. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan