Mat Zan Direhatkan Selama Dua Minggu - PBSNT

Diterbitkan: Khamis, 3 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) telah merehatkan ketua jurulatih Mat Zan Mat Aris selama dua minggu mulai pada Khamis.

Setiausaha PBSNT Abdullah Salleh berkata keputusan itu diambil dalam mesyuarat eksekutif PBSNT di sini malam tadi.

"Kita memberi rehat kepada Mat Zan selama dua minggu mulai hari ini hingga 15 Mei ini untuk meredakan tekanan," katanya kepada Bernama, di sini.

Abdullah berkata beliau difahamkan jurulatih itu pada masa ini sedang menghadapi masalah keluarga dan tempatnya akan digantikan oleh penolong jurulatih Khalid Mat Dahan dan Zubir Ibrahim.

Beliau berkata sebelum ini Terengganu telah dibimbing oleh Irfan Bakti yang kini bersama Selangor sebelum digantikan Mat Zan pada tahun ini. Mat Zan pernah membimbing pasukan Terengganu pada tahun 2001 dan berjaya membawa pasukan itu menjadi juara Piala Malaysia pada tahun tersebut.

Abdullah berkata keputusan yang diambil oleh PBSNT itu tidak ada kena mengena dengan prestasi semasa yang dilihat merundum dengan beberapa siri kekalahan termasuk gagal layak ke pertandingan akhir Piala FA yang dimenanginya tahun lepas.

Terengganu telah ditunjuk jalan keluar dari saingan piala itu setelah kalah dengan agregat 2-1 kepada pasukan kelab Sime Darby pada pusingan separuh akhir kedua Selasa lalu.

Abdullah berkata pengurus pasukan yang juga pengerusi PBSNT Datuk Che Mat Jusoh akan memaklumkan perkara itu kepada Mat Zan yang kini masih berada di Kuala Lumpur. "Kita belum tahu nasib Mat Zan sama ada akan kekal dengan Terengganu atau sebaliknya selepas tamat tempoh rehat nanti," katanya.

Abdullah berkata buat masa ini sukar bagi PBSNT untuk mencari jurulatih terbaik untuk membimbing pasukan Terengganu kerana semua jurulatih itu telah melatih pasukan negeri-negeri.

Bagaimanapun, beliau yakin Khalid mampu membimbing dan menyuntik semangat pasukan Terengganu semasa ketiadaan Mat Zan. "Kita harap pemain-pemain akan memberikan kerjasama kepada Khalid untuk mengembalikan kecemerlangan bola sepak di negeri ini," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Abdullah berkata berita yang mengembirakan apabila Reeshafiq Alwi dan Nordin Alias, kedua-duanya pemain tengah akan turun membantu Terengganu bertemu Perak dalam perlawanan Liga Super di sini malam esok.

Katanya kedua-dua tonggak pasukan itu sebelum ini direhatkan kerana mengalami kecederaan.

Beliau berkata Terengganu tidak mengambil mudah pertemuan malam esok memandangkan prestasi pasukan lawan itu semakin meningkat dari semasa ke semasa. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan