Liga Sepanyol: Real Madrid Julang Trofi Kali Ke-32

Diterbitkan: Khamis, 3 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pemain-pemain Real Madrid mengangkat jurulatih mereka, Jose Mourinho selepas sah menjadi juara Liga Sepanyol musim ini. Foto: AFP
Pemain-pemain Real Madrid mengangkat jurulatih mereka, Jose Mourinho selepas sah menjadi juara Liga Sepanyol musim ini. Foto: AFP

BIARPUN masih berbaki dua perlawanan dalam siri Liga Sepanyol, Real Madrid telah mengesahkan trofi liga musim ini menjadi milik mereka selepas menewaskan Athletic Bilbao 3 -0 di San Mames pada aksi awal pagi Khamis.

Kejayaan ini menjadi pengubat kecewa selepas tewas pada aksi separuh akhir Liga Juara-Juara (CL) kepada Bayern Munich baru-baru ini.

Ianya adalah kejuaraan pertama Real Madrid selepas empat tahun gagal mengatasi kehebatan Barcelona sekali gus menjadikan ia adalah trofi ke-32 sejak 1931–32 dan kali terakhir ialah pada musim 2007–08.

Persaingan musim ini menyaksikan Real hanya tewas dua kali iaitu 0-1 kepada Lavante dan 1-3 kepada Barcelona serta mengumpul 115 gol manakala 30 gol dibolosi lawan.

Kejayaan ini turut lebih bermakna selepas tiga penyerang pasukan ini menjadi antara penjaring terbanyak dalam kelompok lima teratas iaitu Cristiano Ronaldo menjaringkan 44 gol, diikuti Higuain 22 gol dan Karim Benzema, 20 gol.

Pasukan kendalian Jose Mourinho ini meninggalkan musuh tradisi mereka, Barcelona dengan perbezaan tujuh mata keseluruhan.

Real mengutip 94 mata manakala Barca 87 mata daripada 36 perlawanan setakat ini.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan