Liga Sepanyol: Misi Real Tercapai Hasil Sentuhan Mourinho

Diterbitkan: Khamis, 3 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Mourinho (kiri) bersama penjaring terbanyak Real Madrid, Cristiano Ronaldo.
Mourinho (kiri) bersama penjaring terbanyak Real Madrid, Cristiano Ronaldo.

PENGURUS Real Madrid, Jose Mourinho mengaku bahawa menjuarai Liga Sepanyol adalah paling sukar berbanding tujuh gelaran liga yang diraih sebelum ini termasuk ketika mengendali pasukan di negara asalnya, Portugal (Porto), England (Chelsea), Itali (Inter Milan) dan terbaru, Sepanyol (Real Madrid).

Real dinobatkan juara selepas menundukkan Athletic Bilbao, 3-0 sekaligus mencatat kelebihan tujuh mata terhadap juara bertahan, Barcelona walaupun masih lagi berbaki dua perlawanan selepas ini.

“Ia adalah satu situasi yang sukar. Sehingga ke perlawanan terakhir tidak ada siapa yang memberi laluan mudah.

"Bilboa memberi tekanan dengan meletakkan pemain terbaik dan stadium juga penuh dengan penyokong-penyokong mereka,” jelas pengurus berusia 49 tahun ini.

Mourinho bukan pengurus pertama yang mencatat kejuaraan di empat buah negara berbeza kerana sebelum ini bekas jurulatih Austria, Ernst Happel turut membawa pasukan Belanda, Belgium, Jerman dan Austria menjadi juara dalam liga domestik, manakala jurulatih Giovanni Trapattoni melakukan perkara sama ketika membawa pasukan dari Itali,Jerman, Portugal dan Australia.

Jurulatih Crotia, Tomislav Ivic juga sebaris dengan nama-nama tersebut setelah membawa pasukan liga Yugoslav, Belanda, Belgium, Portugal dan Perancis menjadi juara.

Bagaimanapun Mourinho lebih menjadi perhatian berbanding pengurus-pengurus lain kerana dia dianggap mempunyai sentuhan luar biasa, lebih-lebih lagi misi Real melantiknya sebagai pengurus tercapai dengan mengalahkan Barcelona.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan