Harga Tiket RM40 Untuk Piala FA Tidak Bebankan Penonton - FAM

Diterbitkan: Khamis, 3 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Harga tiket bagi semua tempat duduk untuk perlawanan akhir Piala FA antara Kelantan dan pasukan kelab Sime Darby pada 19 Mei ini ditetapkan sebanyak RM40.

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Azzudin Ahmad berkata harga tiket itu telah diputuskan oleh Jawatankuasa Tiket dan Pintu FAM selepas mengambil kira pelbagai faktor.

Harga tiket itu tidak membebankan penonton dan terpulang kepada kemampuan masing-masing, katanya ketika dihubungi oleh Bernama pada Khamis.

Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM akan memutuskan venue perlawanan akhir itu minggu depan.

Ditanya penetapan harga tiket itu boleh mencetuskan kemarahan penonton, Azzudin berkata keputusan untuk membeli tiket bergantung kepada penonton sama ada mereka sanggup membayar atau sebaliknya.

Pada perlawanan akhir Piala FA tahun lepas, harga tiket bagi tempat berbumbung ialah RM30 dan RM50 bagi pentas utama.

Pada tahun lepas, tindakan FAM menaikkan harga tiket kepada RM50 bagi perlawanan akhir Piala Malaysia antara Negeri Sembilan dan Terengganu telah menimbulkan kemarahan peminat sukan bola sepak di negara ini. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan