Piala FA: Kecuaian Pertahanan Punca Kedah Tewas Kepada Kelantan

Diterbitkan: Rabu, 2 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Kecuaian benteng pertahanan Kedah merupakan punca utama Kedah sekadar seri 2-2 di Stadium Darul Aman malam Rabu, sekaligus melayakkan Kelantan mara ke perlawanan akhir Piala FA dengan agregat 3-3, kata jurulatih Kedah Wan Jamak Wan Hassan.

Kelantan layak ke perlawanan akhir Piala FA bertemu dengan Sime Darby dengan kelebihan jaringan di tempat lawan.

"Kami dihukum dengan kesilapan pertahanan pasukan. Saya telah ingatkan pemain dua gol awal tersebut tidak menjamin bahawa dapat melangkah ke peringkat seterusnya.

"Ini kerana Kelantan amat berbahaya kepada kita sekiranya mereka (pertahanan) beri ruang kepada lawan membolosi gawang Kedah," kata kepada pemberita selepas perlawanan malam tadi.

Wan Jamak berkata kesilapan pertama berlaku pada minit ke-46, apabila pertahanan Kedah gagal menyekat serangan Kelantan yang mendapat sepakan sudut dan memberi ruang kepada import Kelantan Obinna Nwaneri menjaringkan gol pertama mereka.

Wan Jamak berkata pertahanan Kedah sekali lagi menjadi punca kekalahan pasukan Kedah apabila berlaku salah faham antara pemain pertahanan untuk mengeluarkan bola dari kawasan berbahaya menyebabkan Mahmoud Ghadar menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-60.

Katanya selain itu faktor kegopohan beberapa pemainnya untuk menjaringkan gol menyebabkan mereka gagal menghasilkan jaringan dengan beberapa peluang yang terhidang gagal disudahkan dengan baik.

Sementara itu, jurulatih Kelantan Bojan Hodak berkata beliau gembira dengan kejayaan Kelantan mara ke perlawnan akhir Piala FA walaupun mempunyai jadual perlawanan yang padat sebelum ini apabila terpaksa menghadapi Piala AFC menentang Vietnam 24 April lepas.-BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan