Malaysia Hadapi Dua Perlawanan Persahabatan Sebelum Sertai Piala AFC

Diterbitkan: Rabu, 2 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Skuad bola sepak kebangsaan bawah 22 tahun kendalian Ong Kim Sweee akan diuji dalam dua perlawanan persahabatan antabangsa sebelum beraksi pada pusingan kelayakan Piala AFC di Yangon, Myanmar dari 21 Jun hingga 4 Julai ini.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berkata skuad kebangsaan itu akan menentang skuad China bawah 22 tahun di Guangyang, China pada 10 Jun dan Timor Leste di Wisma FAM, Kelana Jaya, pada 17 Jun ini.

Justeru itu, FAM telah memanggil 33 pemain termasuk 22 dari skuad Harimau Muda A untuk menjalani latihan dan sesi pemilihan.

Latihan pusat akan diadakan di Wisma FAM dari 7 hingga 16 Mei sebelum mengikuti latihan di Slovakia dan Hungary dari 17 Mei hingga 7 Jun, kata FAM dalam kenyataan di sini, Rabu.

Senarai Pelatih Skuad Bawah 22 Tahun:

Mohd Farhan Abu Bakar, Mohamad Fadhli Mohd Shas, Muhammad Nazmi Faiz Mansor, D.Saarvindran, Mohd Irfan Fazail, Wan Zaharilnizam Wan Zakaria, A. Thamil Arasu, Muhammad Ferris Danial Mat Nasir, Shahrul Mohd Saad, Gary Steven Robbat, Nazirul Naim Che Hashim.

Mohammad Amer Saidin, Wan Zack Haikal Wan Nor, Mohamad Fandi Othman, Syahrul Azwari Ibrahim, Mohd Izham Tarmizi Roslan, Muhammad Syazwan Tajuddin, Muhammad Izuan Mohd Salahuddin, Ahmad Hazwan Bakri, Mohd Azzizan Nordin, Wan Ahmad Amirzafran Wan Nadris.

Ilham Amirullah Razali (Harimau Muda A), Faizol Nazlin Sayuti, Muhammad Shahran Md Zain, Muhammad Norsyahrul Hawari Hanafi, Muhamad Syzwan Yusoff (Kelantan), Mohd Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham, Mohd Aminuddin Mohd Noor (Selangor PKNS), Rozaimi Abdul Rahman (Sabah), Ashri Chu Chu (Sarawak), Muhd Zubir Mohd Azmi (Terengganu), Muhammad Hafiz Mohd Fauzi (Kuala Lumpur), Muhammad Ariff Farhan Md Isa (Sekolah Sukan Bukit Jalil).-BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan