Mat Zan Tagih Khidmat Empat Kepakaran Pemain Sang Penyu

Diterbitkan: Selasa, 1 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Khidmat dua penyerang skuad Terengganu Abdul Hadi Yahaya dan Francais Forkey Doe serta dua pemain tengah Joseph Kalang Tie dan Ashaari Samsuddin ditagih bagi meraih kemenangan pada perlawanan separuh akhir kedua Piala FA menentang Sime Darby malam Selasa.

Pengendali pasukan, Mat Zan Mat Aris berkata khidmat pemain itu amat diperlukan bagi membolehkan Sang Penyu menjaringkan gol awal di tempat lawan serta mengekalkan corak permainan pada perlawanan penting itu nanti bagi meraih kemenangan secara agregat.

Katanya sumbangan setiap pemain amat penting namun sentuhan empat pemain ini diharap mampu menghasilkan gol awal seterusnya membawa Terengganu berada dalam keadaan yang lebih selesa bagi menyamakan agregat awal.

"Bagi saya pemain perlu tahu tugas masing-masing dan memikul tanggungjawab sebagai sebuah pasukan sebagaimana apa yang telah kita buktikan pada perlawanan Piala AFC menentang pasukan kelab dari Vietnam, Song Lam Nghe Ann minggu lalu," katanya.

Pada perlawanan separuh akhir pertama di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, skuad Penyu tumbang 1-2 di tangan pasukan berstatus kelab, Sime Darby pada 20 April lepas.

Ekoran dari kekalahan itu, pihak pengurusan Terengganu semakin hebat dikecam oleh penyokong setia pasukan itu dan rumah pengurus pasukan Datuk Che Mat Jusoh diserang dan dibaling batu. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan