United Mungkin Letak Lima Pemain Tengah Untuk Kekang City

Diterbitkan: Isnin, 30 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALEX FERGUSON (gambar) dikatakan sedang menimbang untuk membariskan Park Ji-Sung di bahagian tengah dan mengugurkan Danny Welbeck dalam perlawanan menentang Manchester City yang dijadualkan berlangsung pada awal pagi Selasa (jam 3 pagi waktu Malaysia).

Ini kerana pengurus Manchester United itu mahu menggunakan formasi 4-5-1 dalam perlawanan itu.

Jika Ferguson memutuskan formasi itu, ini juga bermakna Wayne Rooney akan bermain sebagai penyerang tunggal.

Keputusan ini bakal mengejutkan para peminat tegar United kerana gandingan Rooney-Welbeck dikatakan mengembalikan nostagia gandingan mantap Andy Cole-Dwight Yorke pada musim 1998-99 yang menyaksikan United merangkul tiga kejuaraan serentak iaitu Liga Perdana, Piala FA dan Piala Eropah.

Sementara Park pula walaupun telah memperlihatkan aksi konsisten sejak beberapa musim yang lepas telah tidak beraksi dalam tujuh perlawanan terakhir United.

Tetapi pertukaran taktik Fergie itu ada kaitan dengan strategi untuk mengekang pergerakan pantas David Silva and Samir Nasri di bahagian tengah yang dilihat sebagai penyalur utama gol-gol oleh Sergio Arguero dan Carlos Tevez.

Dalam pada itu, pemain pertahanan tengah Jonny Evans masih lagi bergelut untuk mencapai kecergasan maksimum.

Jika beliau gagal untuk pulih sepenuhnya, pemain pertahanan England Bawah-21, Chris Smalling akan mengisi ruang tersebut iaitu yang pertama untuknya dalam 10 perlawanan.

Rafael Da Silva yang selama ini mengisi bek kanan mungkin akan digantikan oleh seorang lagi pemain England Bawah-21, Phil Jones.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan