Terbuka Barcelona: Nadal Dinobatkan Juara Kali Keempat

Diterbitkan: Isnin, 30 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Nadal menjulang trofi Terbuka Barcelona selepas menewaskan Ferrer pada aksi akhir awal pagi Isnin.
Nadal menjulang trofi Terbuka Barcelona selepas menewaskan Ferrer pada aksi akhir awal pagi Isnin.

PEMAIN di ranking kedua dunia, Rafael Nadal dinobatkan sebagai juara Terbuka Barcelona dengan menewaskan David Ferrer 7-6 (7-1) 7-5, awal pagi Isnin.

Masih segar lagi dengan menjulang trofi pada Masters Monte Carlo minggu lalu, Nadal sekali lagi mengulangi kejayaan ketujuhnya dalam tempoh lapan tahun.

“Tanpa rasa ragu-ragu saya mengakui perlawanan ini amat sukar. Saya rasa David lebih layak untuk menang kejohanan ini dan saya harapkan dia berjaya sepanjang kariernya,” katanya.

Nadal turut muncul juara kejohanan yang sama pada 2008, 2009 dan 2011.

Sementara itu, Ferrer yang hanya menang empat kali daripada 18 pertemuan dengan Nadal akan terus mencuba nasib pada Terbuka Madrid bermula Jumaat ini.

“Rafa adalah Rafa dan dia adalah pemain terbaik. Saya telah tewas empat kali pada aksi final, namun kali ini saya berpuas hati dengan kekalahan ini.

“Dia bukan sahaja pemain yang baik, tetapi sebagai seorang kawan,” katanya.

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 4:12 PM

Mujur Tak Kena Langgar

Selasa, 24 Oktober 2017 2:47 PM

Nampak Mayat Bergelimpangan...

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Selasa, 24 Oktober 2017 8:30 AM

Penangan Ketam Raja

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Kolumnis

iklan

Iklan