Rajagobal Belum Pilih Kapten Pasukan

Diterbitkan: Sabtu, 28 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ketua jurulatih bola sepak kebangsaan, Datuk K.Rajagobal masih belum memutuskan siapa yang bakal memakai lilitan kapten pada perlawanan persahabatan menentang Sri Lanka di Stadium Shah Alam, esok (Sabtu).

Namun dua nama sudah menjadi pilihan untuk mengetuai pasukan iaitu Mohd Safee Sali dan pemain tengah, Mohd Safiq Rahim.

"Ia akan dipakai oleh Safiq atau pun Safee. Saya perlu melihat secara keseluruhan bagaimana mereka di padang terlebih dahulu," jelasnya pada sidang media pra perlawanan di Wisma FAM, Jumaat.

Sementara itu, pada perlawanan yang akan berlangsung 8.45 malam itu, Rajagobal mahu anak-anak buahnya mempamerkan permainan yang baik.

"Seperti yang saya cakap sebelum ini, mereka perlu menang perlawanan ini tetapi kami tidak berada dalam keadaan tertekan.

"Kami tewas pada aksi persahatan dengan Sri Lanka ketika Piala Suzuki AFF dan Sukan SEA tetapi selepas itu kami menang," katanya.

Selain itu, pengurus Sri Lanka, Wasantha Wickremasinghe berkata, perlawanan ini memainkan peranan penting menjelang perlawanan jemputan di Palestin bulan depan.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan