John Terry Tak Akan Dibenar Julang Piala Eropah Tapi Akan Tetap Terima Medal Kemenangan

Diterbitkan: Jumaat, 27 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

John Terry
John Terry

KESATUAN Bolasapek Eropah (Uefa) tidak akan membenarkan kapten pasukan Chelsea, John Terry menjulang trofi Liga Juara-Juara Eropah seandainya kelab itu berjaya menumpaskan Bayern Munich dalam perlawanan akhir yang akan berlangsung 19 Mei depan.

Bagaimanapun Uefa akan membenarkan Terry menerima medal kejuaraan.

Begitu juga dengan pemain pertahanan Branislav Ivanovic dan Ramires serta pemain tengah, Raul Meireles yang kesemua mereka akan terlepas peluang untuk bermain dalam perlawanan akhir kerana digantung satu permainan selepas menerima kad kuning dalam dua perlawanan terakhir berturut-turut di sepanjang kejohanan itu.

Uefa akan menganugerahkan 30 medal kemenangan kepada setiap pasukan – emas kepada juara dan perak kepada naib juara .

Sejak kejuaraan ini diperkenalkan, Uefa mengenakan peraturan yang ketat dengan tidak membenarkan pemain yang digantung perlawanan daripada menyertai anggota pasukan yang lain naik ke atas pentas menerima medal.

Bagaimanapun mereka dibenarkan meraikan kemenangan bersama-sama anggota pasukan yang lain.

Terry terpaksa berputih mata dan terlepas daripada beraksi dalam perlawanan akhir selepas dia dilayangkan kad merah kerana didapati menggunakan lututnya untuk menolak pemain Barcelona, Alexis Sánchez pada minit ke 37 dalam perlawanan separuh akhir kedua di Nou Camp malam Selasa lalu.

Uefa hanya akan menentukan berapa perlawanankah yang akan digantung ke atas pemain pertahanan itu dalam mesyuarat Jawatankuasa Disiplinnya 31 Mei depan tetapi oleh kerana menerima kad merah bermakna pemain akan secara automatik akan digantung satu perlawanan, ini bermakna Terry juga secara automatik akan terlepas perlawanan akhir di Allianz Arena 19 Mei depan.

Walaupun Terry akan hadir menyaksikan perlawanan akhir itu nanti tetapi peraturan Uefa turut manghalangnya daripada menduduki kerusi atau bangku simpanan.

Ini bermakna Terry akan terpaksa menyaksikan perlawanan akhir itu dari bangku penonton sepertimana yang pernah dilalui oleh Paul Scholes dan Roy Keane ketika Manchester United beraksi dalam perlawanan akhir kejuaraan yang sama pada tahun 1999 dahulu.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan