Thailand Belasah Malaysia 12-1 Untuk Jumpa Vietnam Di Final

Diterbitkan: Khamis, 26 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tuan rumah Thailand membelasah Malaysia 12-1 pada perlawanan separuh Kejohanan Futsal AFF 2012 di Stadium Thonburi, Bangkok, Rabu.

Menurut laporan laman sesawang AFF, www.aseanfootnall.org, Thailand akan memburu kejuaraan kali kelapan dengan menentang Vietnam pada final Jumaat ini.

Thailand mendahului Malaysia 8-0 pada separuh masa.

Pada perlawanan tersebut, Thailand membuka tirai jaringan seawal minit pertama menerusi tonggak utama pasukan, Supahwut Thueanklang sebelum beliau menyumbat empat lagi gol pada minit ke-13, 20, 26, 28.

Gol lain pasukan tuan rumah itu dihasilkan oleh Jirawat Sornwich (minit kelima), Nattawut Madyalan (minit kesembilan, 38) Jetsada Chudech (minit ke-15, 17) dan Kritsada Wongkaeo pada minit ke-19 dan 38.

Gol saguhati Malaysia diperoleh menerusi Qaiser Abdul Kadir pada minit ke-35.

Ketua jurulatih negara, Maizal Marzuki berkata perlawanan tersebut merupakan pengalaman baik kepada pemain muda yang kekurangan pengalaman beraksi di peringkat tinggi. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan