Keletihan, Tak Bernasib Baik Punca Kekalahan: Mourinho

Diterbitkan: Khamis, 26 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Mourinho terpaksa akur dengan kekalahan kepada pasukan Bayern pada saingan separuh akhir kedua Liga Juara-Juara, awal pagi Khamis.
Mourinho terpaksa akur dengan kekalahan kepada pasukan Bayern pada saingan separuh akhir kedua Liga Juara-Juara, awal pagi Khamis.

PENGURUS Real Madrid, Jose Mourinho mengakui faktor keletihan dan tidak bernasib baik menyebabkan Clasico gagal ke final Liga Juara-Juara (CL) selepas tewas kepada Bayern Munich pada aksi separuh akhir kedua, awal pagi Khamis.

Juara Eropah sembilan kali ini sememangnya menaruh harapan tinggi untuk beraksi di perlawanan akhir selepas menang 2-1 ke atas Barcelona pada aksi La Liga Sabtu lalu.

"Kami tidak bernasib baik. Ia agak sukar untuk mara ke separuh akhir dalam tempoh dua tahun dan gagal ke final. Kami sepatutnya layak menang.

"Perlawanan ini sangat sukar. Pemain-pemain bukan 'superman' seperti dalam filem. Mereka beraksi dengan batasan tersendiri," katanya.

Sementara itu, Mourinho turut menjawab khabar angin yang dia akan meninggalkan Madrid sebaik sahaja musim ini tamat walaupun masih mempunyai kontrak berbaki dua tahun lagi.

"Jika kami meneruskan dengan keadaan ini, pasukan dan kelab perlukan sesuatu untuk perbaiki keadaan.

"Dan jika kelab dan semua pemain fikir saya boleh membawa sesuatu kepada mereka, saya akan terus berada di sini," jelasnya.

Selain itu, Mourinho turut mengakui bahawa Chelsea sememang layak ke final selepas kerja keras mereka.

"Chelsea memang layak ke final, begitu juga Bayern," tambahnya.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan