Kejayaan Terengganu Ke Pusingan Kedua Piala AFC Di Luar Jangkaan

Diterbitkan: Khamis, 26 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Terengganu mencipta sejarah apabila buat julung kali menyertai Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) berjaya melangkah ke pusingan kedua kejohanan itu.

Yang Dipertua Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) Datuk Che Mat Jusoh berkata kejayaan Terengganu itu adalah di luar jangkaan memandangkan pasukan yang menyertai kejohanan itu hebat belaka.

"Ini satu perkara yang manis kepada PBSNT dan kepada rakyat Terengganu, kali pertama kita masuk dan kita boleh pergi pusingan kedua. Ini kejayaan yang baik kepada kita.

"Saya mengucapkan tahniah kepada pemain dan terima kasih kepada peminat dan penyokong yang memberikan sokongan selama ini," katanya kepada pemberita ketika mengulas kemenangan 6-2 mengalahkan pasukan kelab dari Vietnam, Song Lam Nghe An malam Rabu.

Terengganu layak ke pusingan kedua setelah mengumpul sembilan mata hasil tiga kemenangan dan berada di belakang pasukan Kitchee FC dari Hong Kong yang mengumpul 10 mata dalam saingan Kumpulan F.

Turut berada dalam kumpulan itu ialah Tampines Rovers dari Singapura yang mengumpul lima mata dan Song Lam Nghe An memperoleh empat mata setelah berakhir perlawanan pusingan pertama semalam.

Pengurus pasukan itu berkata Terengganu memberikan persembahan terbaik dan mampu pergi lebih jauh dalam kejohanan itu sekiranya dapat mengekalkan pretasi semasa.

Che Mat berkata peminat Terengganu hendaklah bersikap profesional dan berharap peminat dapat memberi sokongan dengan cara yang betul dan tidak memberi tekanan kepada pemain.

Sementara itu, di DUNGUN, Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said tidak mahu pemain Terengganu cepat mendabik dada dan berpuas hati dengan kejayaan itu dan terus bermain dengan konsisten.

"Alhamdulillah, pemain kita sudah mula menemui rentak mereka, hasil perbincangan serius dengan pihak pengurusan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) yang telah mengubah strategi dan taktik permainan ketika perlawanan semalam.

"Harapan saya, dengan sokongan mantap peminat yang sentiasa mengharapkan kemenangan Terengganu, ia diharap akan menaikkan semangat pemain untuk terus melakukan yang terbaik," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan