Terengganu Mungkin Turun Tanpa Tiga Tonggak Utama Menentang Kelab Vietnam

Diterbitkan: Rabu, 25 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Tiga tonggak utama pasukan Terengganu mungkin tidak dapat beraksi pada perlawanan pusingan kedua Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) menentang pasukan Song Lam Nghe An dari Vietnam di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini malam esok.

Mereka ialah penyerang Abdul Manaf Mamat, Abdul Syukor Jusoh dan kapten pasukan Sharbinee Allawee yang mengalami kecederaan ketika menentang Sime Darby dalam saingan separuh akhir pertama Piala FA Sabtu lalu.

Ketua jurulatih Mat Zan Mat Aris berkata bagaimana kedudukan Sharbinee akan diputuskan kelak sama ada dapat beraksi atau sebaliknya.

Katanya walaupun kehilangan tiga tonggak, beliau tetap akan menurunkan barisan kesebelasan terbaik.

"Pada perlawanan malam esok, kita telah membuat beberapa perubahan dari segi permainan dan beberapa formasi baru. "Saya harap perubahan dan sentuhan yang dilakukan itu akan menjadi dan peluang itu akan digunakan sepenuhnya oleh anak buah saya untuk mengekalkan kemenangan dan memanfaatkan peluang bermain di laman sendiri," katanya dalam satu sidang media di sini, Selasa.

Pada perlawanan bulan lalu, Terengganu menewaskan kelab Vietnam itu menerusi jaringan tunggal Abdul Manaf.

Terengganu yang ditempatkan dalam Kumpulan F kini memperoleh enam mata hasil dua kali menang dan dua kali kalah.

Pasukan lain dalam kumpulan itu ialah Kitchee dari Hong Kong dan Tampines Rovers dari Singapura.

Mat Zan meminta anak buahnya melupakan sejenak saingan dalam Liga Malaysia dan memberi tumpuan sepenuhnya pada kejohanan AFC malam esok. Penolong jurulatih kelab Vietnam itu, Le Ky Phuong berkata pasukannya turut kehilangan empat tonggak utama, namun akan tetap memberi saingan sengit kepada Terengganu.

Beliau dan pasukannya yang sudah berada di sini berkata dua penyerang mereka tidak dapat diturunkan kerana masih mengalami kecederaan manakala seorang pemain tengah dan seorang pemain pertahanan juga tidak beraksi kerana masing-masing mengumpul dua kad kuning.

"Namun kami tetap akan memberikan saingan yang sengit pada pasukan lawan dan akan menggunakan setiap peluang yang hadir," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan