Chelsea Mara Ke Final Liga Juara-Juara Eropah

Diterbitkan: Rabu, 25 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Torres muncul hero Chelsea selepas menjaringkan gol penyamaan pada masa kecederaan.
Torres muncul hero Chelsea selepas menjaringkan gol penyamaan pada masa kecederaan.

BARCELONA: Chelsea mara ke final Liga Juara-Juara Eropah menerusi kemenangan agregat 3-2 selepas terikat 2-2 dengan Barcelona pada saingan kedua separuh akhir di Nou Camp, awal pagi Rabu.

Chelsea yang terpaksa bermain dengan hanya 10 orang selepas kaptennya, John Terry dilayangkan kad merah pada minit ke-43 akan bertemu sama ada Real Madrid atau Bayern Munich.

Pada perlawanan pertama separuh akhir di Stamford Brigde, Chelsea menang 1-0 ke atas Barcelona.

Barcelona membuka tirai jaringan menerusi Sergio Busquets pada minit ke-35 tetapi Chelsea dikejutkan apabila Terry menerima kad merah selepas mengasari penyerang Barcelona, Sanchez Alexis pada minit ke-36.

Andres Iniesta meletakkan Barca di depan pada minit ke-43 namun Chelsea memperoleh jaringan pada minit ke-46 menerusi Ramires.

Pada babak kedua, Barcelona hampir memperoleh gol tetapi sepakan penalti bintang sensasinya, Lionel Messi terkena palang.

Barca kemudian gagal menemui penyudah berbisa meskipun mendominasi serangan.

Pada minit tambahan, Fernando Torres berjaya meloloskan diri daripada pertahanan Barca untuk menjaringkan gol penyamaan Chelsea.

Senarai pemain:

Barcelona: Valdes, Puyol, Pique, Mascherano, Xavi, Busquets, Iniesta, Cuenca, Messi, Sanchez, Fabregas. Pemain gantian: Pinto, Dani Alves, Thiago, Keita, Pedro, Adriano, Tello.

Chelsea: Cech, Ivanovic, Cahill, Terry, Cole, Mikel, Meireles, Mata, Lampard, Ramires, Drogba. Pemain gantian: Turnbull, Essien, Torres, Malouda, Bosingwa, Kalou, Sturridge.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan