Pertemuan Dengan City Penentu Kejuaraan: Ferguson

Diterbitkan: Selasa, 24 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ferguson akui pertemuan dengan Man City minggu depan adalah paling penting dalam kariernya.
Ferguson akui pertemuan dengan Man City minggu depan adalah paling penting dalam kariernya.

PENGURUS Manchester United, Alex Ferguson menyifatkan pertemuan dengan pencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City di Stadium Etihad awal pagi Selasa depan sebagai pertemuan paling penting sepanjang kariernya.

Man United tidak mempunyai pilihan selain meraih kemenangan ke atas City bagi memastikan trofi EPL musim ini kekal milik mereka.

Terdahulu, anak-anak buah Ferguson terlepas peluang terbaik bagi mengukuhkan kedudukan selaku pendahulu liga apabila sekadar seri 4-4 dengan Everton di Old Trafford.

Keputusan itu membolehkan City yang menghuni tangga kedua merapatkan jurang dengan beza tiga mata selepas meraih kemenangan 2-0 ke atas Wolverhampton Wanderers awal pagi Isnin.

“Sudah tentu ini menjadi pertembungan setempat paling penting saya (sejak menjadi pengurus United pada 1986).

"Kami memberi City kembali berpeluang dan ia menjadikan perlawanan ini sebagai penentu sebenar kejuaraan.

"Kami sendiri yang menjadikannya lebih sukar, perkara biasa yang sering terjadi dan kami perlu ke sana untuk mendapatkan keputusan terbaik.

"Tiada lagi persoalan dan tiada alasan untuk kami tidak mampu melakukannya.

"Ia sesuatu yang mempersendakan. Kadang kala kami beraksi cukup hebat dan menjaringkan gol yang menarik.

"Tapi memberi lawan empat gol di Old Trafford dalam perlawanan yang cukup penting seperti ini adalah sesuatu yang sukar dipercayai,” jelas Ferguson.

Man United kini mengumpul 83 mata, manakala City 80 mata.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan