Ganjaran Lumayan Menanti Pemain Chelsea Jika Julang Piala Eropah

Diterbitkan: Selasa, 24 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LONDON: Dua puluh lima pemain Chelsea yang disenaraikan untuk bermain dalam kejohanan Liga Juara-Juara Eropah musim ini dijanjikan ganjaran £10 juta atau £350,000 seorang dalam bentuk bonus sekiranya mereka menjulang piala tersebut musim ini demikian menurut akhbar The Sun, UK.

Sejak taikun Rusia, Roman Abramovich mengambil alih kelab tersebut lapan tahun yang lalu, mereka hanya belum menjulang piala tersebut walaupun pernah sampai ke perlawanan akhir.

Chelsea akan bertemu Barcelona di Nou Camp iaitu gelanggang kelab Sepanyol itu dalam perlawanan pusingan kedua separuh akhir awal Rabu.

Chelsea menumpaskan Barcelona 1-0 di gelanggang sendiri minggu lalu.

Perlawanan akhir Piala Liga Juara-Juara Eropah akan berlangsung di Munich 19 Mei depan.

Difahamkan juga, pengurus sementara Chelsea, Roberto Di Matteo turut dijanjikan ganjaran bonus dan tambahan kepada gaji berjumlah £1.2 juta setahun yang diperolehinya apabila menjadi penolong pengurus ketika era Andre Villas-Boas.

Namun Di Matteo tidak diberi sebarang jaminan sama ada akan terus mengurus Chelsea secara sepenuh masa selepas tamat musim ini walaupun di bawah kepimpinannya, kelab itu hanya tewas sekali daripada 14 perlawanan.

Sebaliknya, sumber-sumber Chelsea memberitahu The Sun, beliau setakat ini dikatakan hanya akan diberi ganjaran bonus sebanyak £500,000 sebagai tanda terima kasih di atas kemampuannya mengubah haluan Chelsea musim ini.

Di Matteo juga berjaya membawa Chelsea ke perlawanan akhir Piala FA menentang Liverpool awal bulan depan.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan