Ranking FIFA Amat Penting: Johnsen

Diterbitkan: Ahad, 22 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas bintang Manchester United (MU), Ronny Johnsen dan Gary Pallister percaya ranking Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) adalah amat penting dalam memastikan pembangunan berterusan sukan itu di peringkat antarabangsa.

Johnsen, yang juga bekas pemain Norway, berkata ranking FIFA sentiasa menjadi keutamaan bagi semua pasukan kebangsaan di seluruh dunia.

"Satu ketika dahulu Norway telah disenaraikan antara pasukan terbaik dunia tetapi kini terpaksa melalui pusingan kelayakan ke Kejohanan Eropah," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan wakil Kelab Peminat MU di Hotel Maya, di sini, Sabtu.

Johnsen, 47, pemain tengah MU dari 1996 hingga 2002, berharap pasukan kebangsaan Malaysia akan mencapai peningkatan di peringakat antarabangsa.

"Walaupun saya tidak banyak mengetahui tentang pasukan Malaysia tetapi faham bola sepak Malaysia sedang berkembang dan diharap dapat melihat aksi skuad negara pada masa depan," katanya.

Manakala Pallister berkata ranking FIFA merupakan ukuran pembangunan bola sepak di sesebuah negara.

Semalam, Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata skuad negara perlu mengadakan perlawanan persahabatan dengan negara-negara yang menduduki ranking lebih baik dari Malaysia bagi memperbaiki ranking FIFA.

Dalam ranking terkini FIFA, Malaysia menduduki tangga ke-156, merosot lapan anak tangga sejak Janurai lalu.

Malaysia menghuni tangga ke-148 pada Januari, 150 (Februari) dan tempat ke 152 pada Mac lalu.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan