Man United Ketuai Carta Teratas Kelab Terkaya Dunia

Diterbitkan: Sabtu, 21 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pengurus pasukan Man United, Sir Alex Ferguson
Pengurus pasukan Man United, Sir Alex Ferguson

MANCHESTER United dipilih sebagai kelab terkaya di dunia berdasarkan tinjauan Forbes 2011 Soccer Valuation.

Bagi tujuh tahun berturut-turut, Man United berada di ranking pertama dalam senarai majalah Forbes edisi 9 Mei ini sekali gus menjadi pasukan bola sepak termahal dengan nilai USD 2,235 bilion (RM6,864 bilion).

Sementara itu, Real Madrid berada ditangga kedua terkaya dengan nilai USD 1,877 bilion diikuti Barcelona, Arsenal dan Bayern Munich.

Menurut kenyataan Forbes, nilai setiap pasukan ini berdasarkan nilai keuntungan pasaran, persetujuan penyiaran dan debit daripada perjanjian baru atau tunggakan dengan pihak stadium.

Senarai pasukan terkaya ini turut dinilai berdasarkan perlawanan Liga Juara-Juara (CL) musim lalu.

Senarai penuh kedudukan kelab terkaya dunia:

1. Manchester United USD2,235 bilion

2. Real Madrid USD1,877

3. Barcelona USD1,307

4. Arsenal USD 1,292

5. Bayern Munich USD 1,235

6. AC Milan USD989 juta

7. Chelsea USD761

8. Liverpool USD619

9. Juventus USD591

10. Schalke USD587

11. Tottenham USD564

12. Inter Milan USD490

13. Manchester City USD443

14. Borussia Dortmund USD 394

15. Lyon USD385

16. Hamburg USD355

17. AS Roma USD354

18. Marseille USD349

19. Valencia USD288

20. Napoli USD283

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan