FAS Didenda RM29,500 Abai Aspek Keselamatan

Diterbitkan: Sabtu, 21 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) dijatuhkan hukuman denda keseluruhan bernilai RM29,500 kerana gagal menyediakan aspek keselamatan maksimum pada perlawanan Liga Super menentang Lions XII 17 Mac lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Taufik Abdul Razak mengumumkan hukuman ini selepas Mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib diadakan pada Jumaat.

“Berdasarkan perbicaraan yang diadakan sebelum ini, pihak jawatankuasa disiplin telah bersetuju bahawa empat pertuduhan dijatuhkan ke atas persatuan itu.

“Pertuduhan pertama, PBSS djatuhkan hukuman RM15,000 kerana mengabaikan keselamatan pegawai perlawanan (Ismail Ibrahim) dengan membaling botol air ketika menuju ke bilik pegawai.

"Persatuan juga dijatuhkan hukuman denda RM2,500 kerana gagal menyediakan anggota keselamatan pemain-pemain atau pegawai pasukan Singapura yang menyebabkan penonton Sarawak membaling botol air kepada mereka.

"Kesalahan ketiga pula, persatuan dijatuhkan hukuman RM6,000 kerana penyokong-penyokong pasukan tuan rumah berkumpul seperti demonstrasi di pintu masuk utama sambil mengeluarkan kata-kata kesat.

"Dan pertuduhan keempat, persatuan dijatuhkan hukuman sebanyak RM6,000 kerana penggunaan laser ke arah penjaga gol Lions XII yang menyebabkan permainan tertanggguh selama tiga minit," jelas Taufik kepada media, selepas mesyuarat tersebut.

Taufik berkata, ini adalah jumlah minimum yang dikenakan dan rayuan tidak dibenarkan.

"Ia jumlah yang minimum dan denda ini berkuatkuasa hari ini. Biasanya dalam tempoh 14 hari denda ini perlu dijelaskan, namun ia terpulang kepada budi bicara pihak FAM jika ia gagal dijelaskan dalam tempoh itu, " katanya.

Sementara itu, kapten pasukan Sarawak, Mohd Hairol Mokhtar turut dijatuhkan hukuman denda digantung tiga perlawanan dan denda RM2,000 kerana mengeluarkan kata-kata kesat kepada pengadil, manakala pertuduhan kedua digugurkan kerana tidak mempunyai bukti kukuh.

Penolong jurulatih pasukan pula, Mohd Farhan Abdullah digantung lapan perlawanan dan denda RM4,000 kerana melakukan kesalahan melibatkan pemain dan pegawai pasukan lawan.

Aksi di Stadium Negeri, Kuching bulan lalu dicalit kontroversi kerana pemain dan penyokong tuan rumah dikatakan tidak berpuas hati dengan pengadil.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan