Vedran Gerc Pemain Import Baru Kedah

Diterbitkan: Selasa, 17 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Kedah memilih Vedran Gerc dari Croatia sebagai pemain import barunya bagi memperkuatkan jentera serangan pasukan itu yang semakin tumpul dalam saingan Liga Malaysia.

Gerc, 26, menggantikan pemain Ghana, Hamidan Mohammed yang disingkir selepas gagal memberi persembahan memuaskan termasuk ketika kalah 0-2 kepada Sarawak dalam saingan Liga Super di Stadium Darul Aman di sini Jumaat lepas.

Gerc akan bergandingan dengan Mohd Khyril Muhymeen Zambri di bahagian serangan pada aksi menentang Sarawak dalam saingan Liga Super di Stadium Negeri, Kuching malam Selasa.

Pengurus Pasukan Datuk Khazali Din yang mengesahkan pengambilan pemain import baru itu, berkata pemain terbabit menandatangani kontrak selama setahun bersama Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) dua hari lalu.

"Pihak pengurusan dan jurulatih berpuas hati dengan aksi yang ditunjukkan oleh pemain tersebut dalam beberapa sesi perlawanan ujian sebelum ini," katanya ketika dihubungi, di sini, Isnin.

Katanya pemain yang mempunyai ketinggian 1.84 meter itu mempunyai pengalaman luas ketika beraksi dengan beberapa kelab terkemuka Croatia, dan diharapkan dapat membantu Kedah memburu kemenangan.

Hamidan merupakan pemain import ketiga yang disingkirkan oleh KFA kerana gagal mempamerkan aksi memberangsangkan bagi membantu pasukan tersebut mencipta kemenangan dan melonjak pasukan tersebut ke tangga lebih baik dalam saingan Liga Super.

KFA sebelum ini menggugurkan dua pemain Brazil, Daniel Baroni dan Danillo Rafael dan digantikan dengan Abdelfatah Safi dan Hamidan.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan