Martinez Puas Hati Tewaskan Arsenal 2-1

Diterbitkan: Selasa, 17 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Di Santo menjaringkan gol pertama buat Wigan pada aksi Liga Perdana Inggeris menentang Arsenal, awal pagi Selasa.
Di Santo menjaringkan gol pertama buat Wigan pada aksi Liga Perdana Inggeris menentang Arsenal, awal pagi Selasa.

PENGURUS Wigan Athletic, Roberto Martinez tidak terkejut dengan kemenangan 2-1 ke atas Arsenal pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi Selasa.

Wigan bermula garang apabila berjaya menyumbat dua gol seawal minit ke-7 dan ke-8 perlawanan melalui Franco Di Santo dan Jordi Gomez.

Namun skuad The Gunners bangkit merapatkan kedudukan minit ke-21 melalui Vermaelen.

Keputusan 2-1 kekal sehingga tamat perlawanan sekali gus menyaksikan Wigan meraih mata penuh dan mengelak daripada berada di zon penyingkiran sebelum menamatkan empat baki perlawanan musim ini.

"Saya sangat berpuas hati kerana ia bukan kebetulan. Dalam tempoh lapan hari selepas bertemu Chelsea, Manchester United dan kini Arsenal adalah satu tugas yang sukar.

"Tetapi kami telah melakukan perubahan dari segi taktikal dan fizikal dan semua orang di Wigan perlu berbangga dengan keputusan ini.

"Kami perlu pastikan prestasi ini akan dibawa ke perlawanan seterusnya bagi memastikan kedudukan kami kukuh dan jumlah 34 mata terlalu kecil untuk musim ini," katanya.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan