Chelsea Tewaskan Spurs, Mara Ke Final Piala FA Inggeris

Diterbitkan: Isnin, 16 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Gol kedua Chelsea yang menimbulkan kontroversi pada aksi separuh akhir Piala FA Inggeris di Stadium Wembley awal pagi Isnin.
Gol kedua Chelsea yang menimbulkan kontroversi pada aksi separuh akhir Piala FA Inggeris di Stadium Wembley awal pagi Isnin.

PASUKAN Chelsea menang bergaya selepas menewaskan Tottenham Hotspur , 5-1 aksi separuh akhir Piala FA Inggeris di Stadium Wembley, pada perlawanan awal pagi Isnin.

Didier Drogba membuka jaringan perlawanan dua minit sebelum tamat babak pertama permainan.

Sementara itu, pada babak kedua menyaksikan sedikit kontroversi timbul selepas pengadil Martin Arkinson mengesahkan gol kedua Chelsea walaupun pemain-pemain Spurs tidak berpuas hati dengan keputusan itu kerana bola dikatakan berada di atas garisan hasil sepakan Mata (m-50).

Pun begitu, ketinggalan dua gol tidak mematahkan semangat anak buah Harry Redknapp apabila Gareth Bale merapatkan jurang pada minit ke-56, namun Ramires menambah jaringan ketiga buat The Blues (m-77) sebelum Frank Lampard melakukan sepakan percuma yang tepat ke arah gol pada minit ke-81.

Pada minit terakhir permainan, Florent Malouda menambah satu lagi gol kelima buat Chelsea pada minit ke-90.

Kemenangan ini menyaksikan Chelsea akan bertemu Liverpool pada aksi akhir 5 Mei ini di Stadium Wembley.

Kali terakhir Chelsea menjulang trofi Piala FA ialah pada tahun 2010 dengan menewaskan Porthmouth (1-0).

Senarai pemain:

Chelsea: Cech; Bosingwa, David Luiz, Terry, Cole; Mikel, Lampard, Ramires; Mata, Kalou; Drogba.(pemain simpanan): Turnbull, Cahill, Essien, Meireles, Malouda, Sturridge, Torres

Spurs: Cudicini; Walker, Gallas, King, Assou-Ekotto; Lennon, Modric, Parker, Bale; Van der Vaart; Adebayor.(Pemain simpanan) : Friedel, Nelsen, Rose, Giovani, Livermore, Sandro, Defoe.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan