Piala FA Inggeris: Liverpool Mara Ke Final, Tewaskan Everton

Diterbitkan: Sabtu, 14 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Carroll (kiri) menjaringkan gol kemenangan kepada Liverpool sebelum tamat perlawanan pada aksi separuh akhir Piala FA menentang Everton, Sabtu.
Carroll (kiri) menjaringkan gol kemenangan kepada Liverpool sebelum tamat perlawanan pada aksi separuh akhir Piala FA menentang Everton, Sabtu.

LIVERPOOL mara ke final selepas menewaskan Everton 2-1 pada aksi separuh akhir Piala FA Inggeris di Stadium Wembley, Sabtu.

Pada babak pertama, Everton dilihat menguasai perlawanan dengan mendahului jaringan melalui Nikica Jelavic minit ke-24.

Namun pada babak kedua, skuad kendalian Kenny Dalglish bangkit menyamakan kedudukan menerusi jaringan cantik penyerangnya, Luis Suarez pada minit ke-62 di hadapan 87,231 penyokong kedua pasukan.

Kedudukan terikat seri 1-1 sehingga Andy Carroll memastikan kemenangan berpihak kepada pasukannya dengan melakukan tandukan dan menewaskan penjaga gol Everton, Tim Howard.

Kemenangan ini sekali gus melayakan Liverpool mara ke final selepas kali terakhir menjulang trofi ini pada tahun 2006 dengan menewaskan West Ham United melalui penentuan penalti (3-1).

Senarai pemain:

Liverpool: Jones, Johnson, Carragher, Skrtel, Agger, Gerrard, Spearing, Henderson, Downing, Carroll, Suarez.9Pemain simpanan): Gulacsi, Jose Enrique, Maxi, Kuyt, Shelvey, Kelly Bellamy.

Everton: Howard, Neville, Distin, Heitinga, Baines, Gueye, GIbson, Osman, Fellaini, Cahill, Jelavic. (pemain simpanan) Hahnemann, Hibbert, Jagielka Stracqualursi, McFadden, Coleman, Anichebe.

Pengadil:

Howard Webb

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan