Piala FA Inggeris: Jones Sedia Halang Tendangan Everton

Diterbitkan: Sabtu, 14 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Kenny Dalglish
Kenny Dalglish

PENJAGA gol ketiga Liverpool, Brad Jones bersedia diturunkan bertemu Everton pada aksi separuh akhir Piala FA di Stadium Wembley pukul 7.30 malam ini, Sabtu.

Jones kini menjadi pilihan utama selepas dua penjaga gol The Reds, Pepe Reina dan Alexander Doni tidak dapat beraksi kerana menjalani penggantungan perlawanan.

Selepas Reina, Doni turut ditimpa nasib yang sama apabila dilayangkan kad merah ketika Liverpool melakar kemenangan 3-2 ke atas Blackburn Rovers di Ewood Park pada Khamis lalu.

Dengan ketiadaan Reina dan Doni, penjaga gol muda Australia itu kini mendapat kepercayaan pengendali The Reds, Kenny Dalglish.

"Saya percaya dengan kemampuan Jones. Dia telah membuktikan kehebatannya apabila menyelamatkan sepakan penalti tempoh hari (ketika menentang Blackbrun),” kata Dalglish.

Sebelum ini, Jones jarang diturunkan sejak menyertai Liverpool dari Middlesbrough pada Ogos 2010 kerana sering dibayangi Reina dan Doni.

Reina masih menjalani penggantungan perlawanan selepas dibuang padang ketika menentang Newcastle United pada 1 April lalu.

Aksi malam ini juga pastinya mengundang emosi kedua-dua pasukan ekoran tragedi Hillsborough yang mengorbankan 96 penyokong The Reds ketika menentang Nottingham Forest pada saingan separuh akhir Piala FA 1989.

Liverpool yang ketika itu turut dikendalikan Dalglish kemudiannya mara ke final sebelum menewaskan Everton.

"Sudah pasti, peminat akan menghargai perlawanan ini sebaik mungkin sebagai tanda kebangkitan kedua-dua pasukan yang cukup bermaruah sejak 1989,” kata Dalglish.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan