Tak Perlu Panik Isu Ranking - Azzuddin

Diterbitkan: Jumaat, 13 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Azzuddin Ahmad meminta semua pihak supaya tidak panik dengan ranking skuad kebangsaan menjunam ke tahap paling buruk sejak Januari dengan berada pada kedudukan ke-156 dunia.

Beliau berkata kemerosotan dalam senarai terbaru Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) itu adalah bersifat teknikal dan bukan menjadi kayu ukur sebenar mutu skuad kebangsaan.

"Kita tidak perlu cepat menekan butang panik dengan apa yang berlaku kerana ia disebabkan oleh faktor skuad kebangsaan kurang menyertai pertandingan persahabatan, dan bukannya sebab pasukan kita tidak bagus," katanya kepada pemberita di Wisma FAM, Kelana Jaya, di sini, Khamis.

Media tempatan hari ini melaporkan skuad Harimau Malaya mencecah ranking terburuk apabila kini berada pada kedudukan ke-156 selepas jatuh empat anak tangga.

Kedudukan tersebut disifatkan sebagai paling buruk berbanding kedudukan ke-148 Januari lalu, 150 pada Februari dan 152 bulan lepas.

Senarai terbaru itu menyaksikan skuad Harimau Malaya berada pada kedudukan lebih rendah berbanding negara kurang maju seperti Bangladesh (152) dan Nepal (146).

Azzuddin berkata FAM telah menyusun beberapa perlawanan persahabatan bagi memastikan skuad kebangsaan menjadi lebih mantap dan mampu mencapai ranking lebih baik.

Perlawanan antarabangsa terdekat ialah menentang Sri Lanka pada 28 April disusuli pertemuan dengan pasukan lain seperti Filipina, Iraq dan Singapura.

Dalam pada itu, Azzuddin berkata anggota gabungan FAM boleh mengubah Artikel 88 dalam statut FAM jika mendapat sokongan semua anggota.

Namun, ia hanya dapat dilakukan jika ada anggota yang mencadangkan usul mengenainya pada Mesyuarat Kongres FAM yang dijadual berlangsung pada 30 Jun.

"Mereka boleh menghantar cadangan pembatalan tersebut kepada exco FAM selewat-lewatnya 30 Mei ini," katanya.

Isu Artikel 88 FAM hangat diperbahaskan apabila bekas timbalan presiden FAM Tan Sri Annuar Musa digantung 30 bulan kerana mengkritik secara terbuka prestasi skuad kebangsaan.

Mengikut artikel tersebut, hanya presiden dan setiausaha agung badan induk bola sepak negara itu sahaja mempunyai kuasa dan dibenar mengeluarkan kenyataan kepada media. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan