Tandukan Carroll Tewaskan Rovers 3-2

Diterbitkan: Rabu, 11 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Carroll (kanan) meraikan gol ketiga Liverpool bersama rakan sepasukan.
Carroll (kanan) meraikan gol ketiga Liverpool bersama rakan sepasukan.

PENGURUS Liverpool, Kenny Dalglish gembira menyaksikan pasukan kendaliannya berjaya meraih tiga mata penuh selepas menewaskan Blackburn Rovers 3-2 di Ewood Park dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), awal pagi Rabu.

Maxi Rodriguez menjaringkan dua gol dalam tempoh tiga minit (13',16') sebelum Yakubu Aiyegbeni merapatkan kedudukan pada minit ke-36.

Pun begitu Liverpool terpaksa bermain sepuluh orang selepas penjaga gol mereka, Alexander Doni dilayangkan kad merah minit ke-25 kerana menjatuhkan Aiyegbeni .

Aiyegbeni sekali lagi menggegar gol Liverpool melalui sepakan penalti minit ke-61, sekali gus mengikat kedudukan seri dua sama.

Namun tandukan kemas Andy Carroll minit ke-90 memastikan Liverpool pulang dengan mata penuh.

"Kami tidak boleh cakap kemenangan ini sudah cukup, namun ia satu komitmen dan usaha gigih daripada semua pemain.

"Kami mendahului kedudukan 2-0 dan bermain dengan sepuluh orang. Separuh masa kedua mereka telah melakukan yang terbaik.

"Pada akhir perlawanan kami layak menang," katanya.

Dalglish berkata, pihaknya gembira dengan keputusan ini dan pujian harus diberikan kepada semua pemain.

"Tidak ada apa yang perlu dipersoalkan mengenai pemain yang keluar atau apa jua keadaan.

"Brad Jones yang menggantikan Doni telah mempamerkan aksi terbaik dengan penyelamatkan sepakan penalti Yakubu.

"Dia menggunakan sedikit kelebihan psikologi kerana mereka (Jones dan Takubu) pernah bermain bersama di Middlesbrough sebelum ini, " katanya.

Senarai pemain:

Blackburn: Robinson, Orr, Dann, Grant Hanley, Martin Olsson, Hoilett, Dunn, Nzonzi, Marcus Olsson, Formica, Yakubu. (Pemain simpanan) Kean, Givet, Pedersen, Petrovic, Rochina, Goodwillie, Lowe

Liverpool: Doni, Flanagan, Coates, Skrtel, Johnson, Henderson, Shelvey, Spearing, Maxi, Bellamy, Carroll. (pemain simpanan) Jones, Jose Enrique, Agger, Aurelio, Suarez, Kuyt, Carragher

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan