Kisah R.Arumugam Bakal Dibukukan

Diterbitkan: Rabu, 11 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Kisah bekas penjaga gol kebangsaan mendiang Datuk R. Arumugam bakal dibukukan peminatnya dalam usaha mengetengahkan kegemilangan bola sepak negara pada era 70-an hingga 80-an kepada orang ramai, khususnya belia.

Datuk Sheikh Rajesh Sheikh Ahmad berkata antara lain, pihaknya berusaha mendapatkan maklumat mengenai Arumugam menerusi Perpustakaan Negara Malaysia dan rakan mendiang untuk dimuatkan dalam buku yang bertemakan "Semangat Bola Sepak Malaysia" itu.

"Saya mengharapkan penerbitan buku ini akan dijadikan sebagai bahan bacaan dan rujukan oleh golongan belia mengenai kegemilangan sukan bola sepak tanah air sekitar tahun 1970-an dan 80-an," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di sini Selasa.

Sheikh Rajesh, yang juga penganjur Kempen 'Saya Benci Rasuah Bola Sepak' Selangor, berkata buku itu akan diterbitkan selewat-lewatnya penghujung tahun ini.

"Selain diedarkan ke sekolah dan Institut Pengajian Tinggi, hasil jualan buku ini akan diserahkan kepada keluarga mendiang bagi mengurangkan beban mereka," katanya.

Sepanjang hayatnya, mendiang yang turut dikenali sebagai "Spiderman" kerana ketangkasan menjaga gawang gol, pernah membantu skuad negara merangkul pingat gangsa pada Sukan Asia 1974 di Tehran, Iran.

Arumugam, yang meninggal dunia pada 1988 ketika berusia 35 tahun akibat kemalangan jalan raya, merupakan anggota skuad kebangsaan yang layak ke Sukan Olimpik 1980 di Moscow, Rusia namun Malaysia tidak menyertainya kerana membuat bantahan serangan Soviet Union ke atas Afghanistan ketika itu.

Mengulas penganjuran kempen itu di Klang Ahad ini, Sheikh Rajesh, yang juga pengerusi sebuah kelab bola sepak swasta, berkata beberapa aktiviti dirancang bagi memeriahkannya.

"Antara aktiviti yang bakal dijalankan ialah Jelajah Fiesta bola sepak tujuh sebelah, persembahan artis dan juga gerai jualan.

"Selain itu, kita turut menyediakan kain rentang bersaiz besar bagi mengumpul sebanyak mungkin tandatangan daripada para belia yang hadir pada hari itu untuk menyatakan sokongan mereka terhadap kempen yang kita jalankan," katanya.

Kempen itu dilancarkan Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk Razali Ibrahim di Muar, Johor pada 1 April lepas dan ia bertujuan menghapuskan rasuah dalam sukan bola sepak. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan