Pahang Dapat Khidmat Pemain Brazil

Diterbitkan: Selasa, 10 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Pasukan bola sepak Pahang akan mempertaruhkan kelebihan yang dimiliki pemain kelahiran Brazil, Maycon Calvalho Inez, untuk membantu mereka dalam saingan Liga Perdana musim ini.

Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) Datuk Akbar V. V. Abu berkata, pemain berusia 25 tahun itu akan memantapkan lagi barisan serangan pasukan Pahang.

"Maycon telah berjaya menawan hati pihak pengurusan pasukan untuk dipilih bagi membarisi pasukan Pahang yang kini berada di landasan yang baik," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Beliau berkata, hujung tahun lepas penolong pengurus PBNP Zainal Abidin Hassan telah ke Australia bagi melihat tahap permainan Inez yang ketika itu mewakili kelab Melbourne Heart dalam divisyen A di negara berkenaan.

Ekoran daripada itu pemain itu telah menjalani ujian dan dinilai menerusi dua perlawanan persahabatan bulan lepas. Akbar berkata kontrak pemain berkenaan dengan kelab dari Australia itu telah tamat pada 1 April lepas dan dia kemudiannya menandatangani surat perjanjian dengan Pahang yang kini dalam proses pendaftaran kali kedua untuk memasuki Liga M yang akan berakhir 16 April selain menunggu Sijil Perpindahan Antarabangsa (ITC).

Katanya sekiranya semua urusan berkenaan dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat ini, Inez akan memulakan mewakili Pahang dengan menentang NS Betaria FC pada Jumaat ini di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh.

Akbar berkata pemain dari Russia, Eduard Sakhnevich, pula akan digugurkan dari pasukan itu atas faktor prestasi walaupun diakui dia banyak menyumbang kepada pasukan kerana berjaya menghasilkan beberapa jaringan.

Beliau juga berkata PBNP berterima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang telah meluluskan peruntukan RM3 juta bagi tambahan tempat duduk daripada 2,000 kepada 10,000 di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan