Muhammad Nabil Terpilih Sertai Pasukan Euro International

Diterbitkan: Selasa, 10 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Jaguh sukan permotoran negara Muhammad Nabil Jan-Al-Jeffri terpilih menyertai pasukan Euro International yang berpangkalan di Itali.

Mengumumkan demikian Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata dengan pemilihan itu, Nabil akan menjadi pemandu pasukan itu dalam 16 perlumbaan peringkat formula BMW tahun ini.

Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas menerima kunjungan pemilik pasukan lumba Euro International, Antonio Ferrari di pejabatnya di sini.

Ahmad Shabery berkata, beliau difahamkan bahawa Euro International juga akan membantu membangunkan kepakaran dalam sukan lumba permotoran negara.

"Bantuan diberikan menerusi program bersama dengan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN).

"Kita ada cabang motorsport dalam IKBN sendiri, jadi ada beberapa pegawai kita akan pergi ke sana (Italy) untuk memahami keseluruhan dunia motorsport," katanya.

Sementara itu, Nabil berkata beliau merasa lebih yakin dengan pasukan barunya itu, dan berharap akan dapat melakukan yang terbaik dalam mengharumkan nama negara di persada sukan permotoran negara. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan