Lions XII Kekal Pendahulu Liga Super Selepas Kalahkan Perak 2-1 - Bola Sepak | mStar

Lions XII Kekal Pendahulu Liga Super Selepas Kalahkan Perak 2-1

Diterbitkan: Selasa, 10 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pasukan Lions XII terus mengukuhkan kedudukan selaku pendahulu Liga Super selepas mencatat kemenangan tipis 2-1 ke atas Perak pada perlawanan tunggal liga di Stadium Jalan Besar, Singapura malam Selasa.

Kemenangan ke-10 yang diraih anak didik jurulatih V. Sundramoorthy selepas mengharungi 15 perlawanan itu membolehkan mereka terus mendahului carta liga dengan mengumpul 33 mata.

Pada perlawanan itu, pasukan tuan rumah terpaksa menunggu pada minit ke-42 untuk membuka tirai jaringan menerusi pemain tengah Shahdan Sulaiman.

Bersambung babak kedua, pasukan Perak yang dibimbing bekas ketua jurulatih kebangsaan Norizan Bakar kembali mengatur strategi permainan, dan hasilnya, mereka berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-50 menerusi pemain import dari Slovakia, Michal Kubala.

Irwan Shah, bagaimanapun, memastikan kemenangan mutlak menjadi milik tuan rumah menerusi jaringan pada minit ke-89. - BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan