Saya Sudah Selesai Dengan Balotelli: Mancini

Diterbitkan: Isnin, 9 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Kad kuning kedua oleh pengadil, Martin Atkinson (kiri) kepada Balotelli ketika menentang Arsenal, Ahad.
Kad kuning kedua oleh pengadil, Martin Atkinson (kiri) kepada Balotelli ketika menentang Arsenal, Ahad.

PENGURUS Manchester City, Roberto Mancini berkata Mario Balotelli tidak akan diturunkan lagi dan kemungkinan akan dijual selepas tamat musim ini.

Balotelli diarah keluar padang buat kali kedua musim ini pada perlawanan menentang Arsenal pada Ahad yang menyaksikan pasukannya tewas 0-1 sekali gus harapan untuk merapatkan jurang dengan pendahulu liga, Manchester United semakin sukar.

"Saya sudah selesai tugas dengannya hari ini, tetapi saya sayangkan dia.

"Dia bukan lelaki jahat dan dia adalah pemain hebat, tetapi buat masa ini saya sangat simpati kepadanya selepas terus kehilangan bakat dan kualiti.

"Saya harap dia faham. Dia dalam situasi buruk untuk masa depannya dan dia perlu berubah.

"Dia tidak akan bermain lagi musim ini dan kemungkinan saya akan menjualnya pada musim panas nanti.

"Walaupun dia pemain hebat, saya tidak boleh terus meletakkan Mario di atas padang. Setiap masa kami berdepan dengan masalah," katanya.

"Setiap kali diarah keluar, kami berdepan dengan risiko. Okay, kejadian itu berlaku pada minit terakhir tetapi kamu boleh menjaringkan gol sebelum masa tamat."

Balotelli diarah keluar padang pada minit ke-89 kerana menerima dua kad kuning.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan