Man United Semakin Ghairah Kejar Mata

Diterbitkan: Isnin, 9 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pemain veteran Man United, Scholes menjaringkan gol kedua pasukan ketika aksi menentang QPR, Ahad.
Pemain veteran Man United, Scholes menjaringkan gol kedua pasukan ketika aksi menentang QPR, Ahad.

MANCHESTER United mengukuhkan kedudukan di puncak Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menewaskan Queens Park Rangers (QPR) dengan keputusan 2-0 di Old Trafford, Ahad malam.

Skuad kendalian Sir Alex Ferguson yang kini dilihat semakin ghairah meraih kemenangan untuk mempertahankan kejuaraan liga jelas menguasai pasukan kendalian Mark Hughes dengan mendominasi perlawanan sejak awal permainan.

Wayne Rooney memberi gol pertama menerusi sepakan penalti pada minit ke-15 menewaskan Patrick Kenny di gawang QPR selepas Ashley Young dijatuhkan dalam kotak penalti.

QPR yang kehilangan pemain tengah Shaun Derry selepas dilayangkan kad merah oleh pengadil Lee Mason kerana insiden itu sekali gus membolehkan Man United meneruskan penguasaan perlawanan dan meraih beberapa peluang untuk menambah gol pada babak pertama.

Sementara itu gol kedua Man United dijaringkan oleh Paul Scholes minit ke-68 sekali gus mengikat kedudukan itu sehingga tamat perlawanan.

Dengan kemenangan ini Man United berjaya melebarkan jurang dengan kelebihan lapan mata dengan pencabar terdekat, Manchester City (71).

Senarai pemain:

Man Utd: De Gea, Rafael Da Silva, Ferdinand, Evans, Evra, Valencia, Scholes, Carrick, Young, Rooney, Welbeck (Pemain simpanan): Amos, Jones, Giggs, Park, Hernandez, Cleverley, Pogba

QPR: Kenny, Onuoha, Ferdinand, Hill, Taiwo, Diakite, Derry, Mackie, Taarabt, Buzsaky, Bothroyd (Pemain simpanan): Cerny, Gabbidon, Campbell, Young, Smith, Wright-Phillips, Zamora

Pengadil : Lee Mason (Lancashire)

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan