70 Pemain Muda Bakal Jalani Latihan Di Cardiff City

Diterbitkan: Isnin, 9 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SUNGAI BULOH: Seramai 70 pemain muda termasuk 50 orang dari Rancangan Tanah Felda akan menjalani latihan di bawah program pembangunan kelab bola sepak Cardiff City.

Pengerusi kelab bola sepak Cardiff City (CCFC), Datuk Chan Tien Ghee berkata, seramai antara 20 hingga 24 pemain berbakat akan dipilih daripada kejohanan bawah 12, bawah 14 dan bawah 16 tahun Liga 1Malaysia Cardiff City (1MCC).

Beliau berkata, 50 pemain dari Tanah Rancangan Felda akan ditaja sepenuhnya oleh Felda.

"Kita mahu mereka mendapat pengalaman profesional dari usia 12 tahun. Ini yang kita mahukan bagi memastikan kita mendapat program yang sesuai dan tidak membazir wang dan masa kerajaan.

"Pemilihan berdasarkan kebolehan dan semangat mereka untuk belajar. Mereka akan menjalani latihan selama dua minggu (di Wales). Kita akan mengumumkan tarikh dan masa latihan yang ditetapkan kemudiannya," katanya kepada pemberita selepas pelancaran rasmi Liga 1MCC oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di padang Institut Penyelidikan Getah Malaysia (RRI) di sini, Ahad.

Turut hadir ialah Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Lebih 80 pasukan beserta lebih 2,000 pemain menyertai Liga 1MCC 2012 yang bermula bulan lepas hingga Disember ini pada setiap Sabtu dan Ahad dari pukul 8 pagi hingga 4 petang di padang RRI.

Chan yang juga Pengerusi 1MCC berkata, objektif memperkenalkan liga tersebut ialah bagi menyediakan landasan kepada belia di akar umbi untuk menyedari potensi individu mereka melalui bola sepak dan menyemai amalan tingkah laku baik seperti disiplin, komitmen, bertanggungjawab, bermain secara bersih dan mengamalkan gaya hidup sihat.

"1MCC menggunakan bola sepak sebagai pemangkin untuk membangunkan belia, memberi mereka peluang sama rata dalam semua bentuk persekitaran, memberi mereka hak untuk mengambil bahagian dan mencapai potensi tertinggi diri mereka," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan