Tengku Abdullah Tawar Diri Tamatkan 'Keretakan' Dalam FAM

Diterbitkan: Ahad, 8 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah pada Sabtu menawarkan diri sebagai pengantara bagi menamatkan 'keretakan' di antara badan induk bola sepak negara itu dengan Tan Sri Annuar Musa.

Menurut baginda, semua pihak harus mengakui sumbangan dan usaha yang dilakukan oleh Annuar dalam memajukan bola sepak tanah air khususnya di Kelantan.

"Kita perlu mengkaji adakah keputusan ini akan merosakkan kerja baik yang dilakukan oleh Tan Sri Annuar demi membangunkan bola sepak di Kelantan dan adakah Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) akan mengalami kesan buruk daripadanya.

"Adalah menjadi harapan saya bahawa kita boleh memberi tumpuan kepada faktor-faktor mitigasi yang wujud bagi menyelesaikan perkara ini secara damai demi kebaikan bola sepak Malaysia," baginda bertitah dalam satu kenyataan, Sabtu.

Pada 4 April lepas, Jawatankuasa Disiplin FAM menjatuhkan hukuman penggantungan selama 30 bulan ke atas Annuar, yang juga Presiden KAFA daripada sebarang aktiviti bola sepak di peringkat nasional dan negeri kerana mendapati beliau bersalah membuat kenyataan akhbar berbau negatif mengenai skuad bola sepak negara yang melanggar Artikel 88, Statut FAM, pada 12 Februari lepas.

Mengikut peraturan FAM itu, hanya Presiden dan Setiausaha Agungnya sahaja yang dibolehkan memberi komen berkenaan skuad kebangsaan.

Annuar adalah Timbalan Presiden FAM.

Tengku Abdullah yang kesal dengan keputusan yang dikenakan oleh jawatankuasa tersebut ke atas Annuar disebabkan berada di luar negara ketika itu, bagaimanapun melahirkan keyakinan bahawa jawatankuasa berkenaan telah menjalankan tugas yang diamanahkan kepada mereka sebaik mungkin.

"Saya sesungguhnya mempercayai bahawa proses undang-undang yang sewajarnya telah dipatuhi," titah baginda.

Tengku Abdullah menjelaskan bahawa kenyataan yang dikeluarkan baginda pada mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM pada 4 Februari lepas bukanlah satu arahan sebaliknya lebih bersifat nasihat kepada semua pegawai FAM untuk mematuhi perlembagaan badan induk bola sepak negara itu.

Hasil mesyuarat itu telah memutuskan bahawa hal-hal FAM tidak boleh disebarkan kepada media dan perlu dibawa berbincang di dalam jawatankuasa eksekutif FAM terlebih dahulu. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan